Wednesday, December 29, 2010

Prinsip Pegajaran Bahasa Kanak-Kanak Tatih - Prinsip 6

Prinsip 6: Guru Bahasa Membetulkan Secara Tidak Langsung
Kanak-kanak tatih terlalu banyak untuk menyerapkan ke dalam mindanya bahasa yang betul dan penggunaan perkataan. Dalam proses pembelajaran bahasa, kebiasaanya berlaku kesilapan kerana kanak-kanak membuat tanggapan yang semua perkara itu sama. Pendidik hendaklah mengulang semula idea kanak-kanak dan membetulkan pengucapannya bukan terus mengatakan kesalahan perkataan atau ungkapannya. Kanak-kanak tatih cepat membetulkannya sendiri tanpa merasa kecewa. Menurut kajian Brazelton (1974) mendapati terlalu memberi penekanan secara berterusan membetulkan sebutan pertuturan menjadi salah satu punca kelewatan berbahasa.

2 comments:

  1. Prof... Saya pernah mempraktikkan Prinsip Pengajaran Bahasa Kanak2 tatih ini dgn kanak2 & hasilnya adalah +ve sekali. saya dapati kanak-kanak lebih berkeyakinan selain memperoleh pertambahan dlm kemahiran berbahasa.
    Cukup berbeza sekali dgn cara sebaliknya yg memberi fokus kepada penumpuan kepada kesalahan perkataan atau ungkapan dari kanak-kanak.

    ReplyDelete
  2. Tahniah!. Terima kasih sudi berkongsi pengalaman dan saya amat menghargai perkongsian pengalaman anda.

    ReplyDelete