Friday, November 29, 2013
Thursday, November 28, 2013
Wednesday, November 27, 2013
Tuesday, November 26, 2013
Pendekatan Projek Di Reggio Emilia
Projek merupakan tulang belakang pengalaman pembelajaran kanak-kanak dan guru. Pembelajaran projek ini berasaskan kepada kepercayaan yang kuat bahawa belajar menerusi lakuan amat penting dan membincangkannya menerusi kumpulan dan melihat semula idea dan mengalami adalah cara utama untuk mendapatkan pemahaman dan pembelajaran yang lebih baik. Idea projek bermula daripada pengalaman kanak-kanak dan guru untuk membina pengetahuan bersama-sama. Projek boleh diselesaikan dalam beberapa hari sehingga beberapa bulan. Mereka mungkin bermula dengan secara kebetulan sesuatu peristiwa, sesuatu idea atau masalah yang dikemukakan oleh seorang atau ramai kanak-kanak, menerusi pengalaman yang dilalui oleh kanak-kanak.
Monday, November 25, 2013
Kurikulum Reggio Emilia
Kurikulum di Reggio Emilia tidak dirancang terlebih dahulu. Guru menyatakan matlamat dan membuat hipotesis tentang arah aktiviti, projek dan membuat persediaan yang bersesuaian. Selepas membuat pemerhatian perlakuan kanak-kanak, guru akan membanding, berbincang dan menterjemahkan berdasarkan pemerhatiannya dan membuat pilihan yang telah dikongsikan bersama kanak-kanak tentang apa yang dijalankan dan cara untuk mengekalkan kanak-kanak dalam penerokaan dan pembelajaran. Kurikulum ini timbul hasil daripada proses setiap aktiviti atau projek dan fleksibaliti untuk disesuaikan menerusi dialog di kalangan guru dan kanak-kanak.
Sunday, November 24, 2013
Peranan Dokumentasi Di Reggio Emilia
Semua hasil kerja kanak-kanak dan proses pembelajaran di sekolah didokumentasikan dalam pelbagai bentuk dokumentasi seperti perbincangan kanak-kanak yang ditranskripkan, gambar aktiviti kanak-kanak, paparan pemikiran dan pembelajaran menggunakan pelbagai media yang disusun dengan teliti oleh guru seni visual bersama dengan guru-guru lain. Dokumentasi mempunyai fungsi untuk memberi kepekaan kepada ibu bapa terhadap pengalaman anak-anaknya dan mengekalkan penglibatan ibu bapa, memberi peluang guru memahami kanak-kanak dengan lebih baik dan menilai hasil kerja guru untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme, mendorong komunikasi dan pertukaran idea dikalangan pendidik, menjadikan kanak-kanak peka terhadap hasil kerjanya dihargai dan membina arkib yang dapat menelusuri sejarah sekolah dan keseronokan belajar oleh semua kanak-kanak dan guru-gurunya.
Saturday, November 23, 2013
Peranan Guru Seni Visual Dan Studio Di Reggio Emilia
Guru yang mendapat latihan dalam bidang seni visual berkerjasama dengan guru-guru lain dan kanak-kanak di taska dan tadika. Guru ini dipanggil atelierista. Bilik bengkel atau studio dipanggil atelier. Studio ini digunakan oleh semua kanak-kanak dan guru juga atelierista. Atelier terdapat berbagai peralatan dan bahan sumber disamping rekod projet pengalaman lalu.
Aktiviti dan projek bukan sahaja berlaku di atelier, sepanjang tahun peranan atelier dan atelierista berkembang dan menjadi sebahagian keseluruhan sekolah. Ruang kecil dipanggil mini atelier diadakan pada setiap kelas, guru dan atelieristi bekerjasama berterusan bertukar kemahiran. Apa yang dilakukan pada bahan dan media bukan dianggap sebagai hasil seni tulin. Pendidik di Reggio Emilia berpandangan kanak-kanak menggunakan pelbagai media bukan bahagian terpisah daripada kurikulum tetapi terkandung, bahagian yang bersepadu dengan keseluruhan kognitif dan simbol ekspresi yang melibatkan proses pembelajaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)



