Wednesday, August 7, 2013

Bersenam Membantu Kesihatan

Bersenam secara berterusan memainkan peranan penting untuk mengekalkan kesihatan. Apabila sampai di rumah tentunya berasa kepenatan dan keletihan setelah sepanjang hari bekerja. Pastinya tidak larat untuk melakukan senaman. Jika anda telah melakukan senaman, anda akan terasa selesa dan segar. Banyak cara untuk melakukan senaman seperti berjalan, berbasikal dan lain-lain. Lakukan senaman yang anda merasa seronok dan lakukan senaman yang sesuai untuk diri anda.

Tuesday, August 6, 2013

Kepentingan Sarapan Pagi

Sarapan pagi adalah penting dalam pemakanan seharian sebab selepas semalaman tidak mengambil makanan kandungan gula dalam darah menjadi rendah dan dengan mengambil sarapan pagi dapat menstabilkannya untuk membolehkan berfungsi dengan berkesan sepanjang hari. Bagaimana pun tubuh memerlukan protein pada sebelah pagi berbanding pada waktu lain. Sarapan pagi tidak semestinya secara tradisional. Cuba makan buah-buahan yang segar, bijirin dan sumber protein yang lain. Pada mulanya memang sukar untuk menukar tabiat makan tetapi apabila kita menyedari kepentingan pemakanan yang sihat kita akan dapat menyesuaikannya.

Monday, August 5, 2013

Kepentingan Diet Pemakanan

Walau pun seorang pendidik yang baik memberi tumpuan kepada pemakanan kanak-kanak, tetapi mereka selalu terlepas pandang terhadap keperluan nutrisinya. Hal ini akan memberi kesan terhadap kecergasan dan tidak mendapat nutrisi yang betul. Adalah penting pendidik kanak-kanak memakan makanan yang betul. Kesan pemakanan yang tidak betul didapati dalam jangka masa singkat teapi ia memberi kesan untuk jangka masa panjang. Diet pemakanan yang betul ditambah dengan senaman akan memberi tenaga, kekuatan dan stamina.

Sunday, August 4, 2013

Fizikal Pendidik Yang Sihat Dan Cergas

Perkara yang penting perlu diberi perhatian kepada pendidik ialah kesihatan fizikal yang sihat dan cergas. Tidak kira anda pendidik tahun pertama mengajar atau tiga puluh tahun mengajar kepentingan kesihatan tidak boleh dikompromi. Tanpa stamina pada fizikal, kesihatan yang baik dan dieat yang betul pendidik tidak dapat memberi tumpuan perkhidmatan kepada kanak-kanak sepanjang hari. Kajian oleh Buhler dan Aspy menunjukkan ada hubungan secara langsung antara kecergasan fizikal pendidik dengan kanak-kanak. Kajian Buhler (1975) mendapati pendidik yang fizikalnya cergas lebih mengarah kemesraan di bilik darjah berbanding dengan pendidik yang fizikalnya tidak cergas. Sentiasa sihat bukan sahaja tidak sakit, ia termasuk kesihatan dan kecergasan yang datangnya daripada diet yang betul, rehat yang mencukupi dan kerap bersenam (exercise).

Saturday, August 3, 2013

Pendidik Perlu Menjaga Keperluan Diri

Tanggungjawab pertama sebagai pendidik adalah untuk menjaga keperluan kanak-kanak namun keperluan diri juga perlu dijaga. Sebenarnya pendidik dalam waktu yang sama perlu memberi perhatian pada diri iaitu menjaga diri, menjaga tenaga dan komitmen. Pendidik tidak boleh melakukan tugasan jika tidak dalam keadaan yang terbaik. Bagi menyelesaikan tanggungjawab dengan tugasan yang mencabar mengajar kanak-kanak kecil pendidik perlu berada tahap fizikal yang baik dan emosi yang sihat. Pendidik perlu merasakan dirinya dihargai, hubungan yang bermakna dengan orang lain, ransangan intelektual dan kerja yang dilakukan  berbaloi.

Friday, August 2, 2013

Bidang Kuasa Pendidik

Peranan pendidik di taska dan tadika secara tidak langsung masyarakat memberikan bidang kuasa: berhak melaksanakan kuasa, memberi arahan, mengharapkan kepatuhan, membuat keputusan dan mengambil tindakan. Paling banyak sumber kuasa pendidik adalah pada kedewasaannya. Ini disebabkan pendidik lebih besar, kuat dan berumur, kanak-kanak mengiktiraf kuasa pendidik berhak untuk mengarah. Bidang kuasa pendidik ialah diperkukuhkan dengan pengalaman dalam mengajar dan menerusi keputusan dan komitmen.

Thursday, August 1, 2013

Tanggungjawab Pendidik Awal Kanak-Kanak

Kerjaya pendidik awal kanak-kanak adalah pelbagai dan mencabar: memerlukan pengetahuan, kemahiran, sensitiviti dan kreativiti. Ia tidak mudah dan peranannya sentiasa tidak sama. Jika cabaran itu tidak mengganggu anda, maka maka anda berada di bidang yang betul. Pendidik awal kanak-kanak merupakan ganjaran kepada mereka yang gemar mencari peluang pendidikan spontan dalam kehidupan seharian dengan kanak-kanak. Ia menjadi suatu yang mengecewakan kepada mereka yang berfikir mengajar hanya melibatkan subjek akademik atau mereka yang suka kesemuanya diandaikan dan hanya jalan pintas. Perlu diingat bertugas dengan kanak-kanak kecil terlalu tinggi harapannya, sukar dan memenatkan. Ia juga mencabar dan meletihkan. Semakin anda berpengalaman bertugas dalam kelas awal kanak-kanak, semakin cepat anda mendapat penjelasan untuk menentukan sama ada mendidik kanak-kanak kecil adalah pilihan yang betul bagi anda.