Mengajar kanak-kanak memahami bagaimana perasaan orang lain bukan mudah tetapi tidak mustahil boleh diajar. Salah satu caranya ialah dengan menggalakkan kanak-kanak memberitahu atau menceritakan kepada rakan-rakan mereka apa yang mereka mahu atau apa yang mereka sedang rasai. Hal ini dapat memberitahu kanak-kanak lain tentang emosi seseorang dan keinginannya. Pihak guru perlu menerangkan bagaimana perasaan seseorang dengan tujuan untuk meningkatkan kefahaman rasa simpati dan belas kasihan terhadap orang lain.
Sunday, April 14, 2013
Saturday, April 13, 2013
Mendidik Kanak-Kanak Belajar Membantu Orang Lain
Kanak-kanak perlu digalakkan untuk membantu orang lain bukan sahaja di dalam situasi memberi ketenangan ketika kanak-kanak lain dalam kesusahan tetapi juga membantu rakan yang memerlukan bantuan. Contohnya menghulurkan peralatan mainan ketika rakannya memerlukan alat untuk disiapkan. Keadaan ini perlu ditangani dengan betul supaya tidak ada kesan perbandingan antara kanak-kanak. Sebagai contoh daripada berkata,"Mengapa kamu tidak buat seperi Yus. Dia sudah besar," adalah lebih baik dengan mengatakan "Yus baru belajar cara memakai kasut, cuba kamu tanya Yus bagaimana memakai kasut dengan betul? Kanak-kanak selalunya bermurah hati untuk mengajar kemahiran sedemikian kepada rakannya asalkan tidak mengambil masa yang lama. Seandainya terlalu lama akan hilang kesabarannya untuk mengajar rakannya.
Friday, April 12, 2013
Memperhebat Pencapaian Kanak-Kanak
Perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di negara kita semakin pesat sejak awal tahun 1970an secara serius telah diperkenalkan menerusi agensi kerajaan seperti KEMAS dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional selain badan bukan kerajaan. Apabila termaktubnya Akta Pendidikan 1996 yang mewajibkan kanak-kanak berusia 6 tahun ke tadika secara tidak langsung pendidikan awal kanak-kanak dilihat semakin penting. Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil langkah menumbuhkan kelas prasekolah di sekolah-sekolah rendah. Manakala penubuhan kelas tadika oleh pengusaha persendirian terus digalakkan. Semoga dengan adanya bantuan dan sokongan pihak kerajaan dapat membantu pengusaha tadika persendirian yang turut merancakkan lagi senario pendidikan awal kanak-kanak di negara kita.
Thursday, April 11, 2013
Memahami Perasaan Menerusi Main Peranan
Menggalakkan kanak-kanak main peranan dapat meningkatkan kefahaman dan kepakaan kanak-kanak terhadap perasaan orang lain. Salah satu cara yang biasa digunakan dengan memberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti dramatika dan main imginasi yang melibatkan peranan tentang seseorang. Kanak-kanak disediakan dengan peralatan seperti pakaian bomba, doktor, jururawat, topi kontraktor dan sebagainya. Pengalaman memakai peralatan dan pakaian sesuatu kerjaya dapat memberi kefahaman kepada kanak-kanak terhadap peranan yang dialami oleh seseorang dalam bidang kerjayanya.
Wednesday, April 10, 2013
Membantu Kanak-Kanak Membina Perasaan Belas Kasihan
Salah satu kemahiran sosial yang penting ialah membantu kanak-kanak membina perasaan belas kasihan terhadap perasaan orang lain. Biar pun Piaget berpandangan bahawa kanak-kanak kecil adalah 'egocentric' dan tidak boleh meletakkan keadaan dirinya di tempat orang. Walau bagaimana pun kajian terkini mendapati pengalaman di taman asuhan yang alami oleh guru-guru tidak kesemuanya berlaku. Apbila kanak-kanak membesar dari usia 2 tahun ke 5 tahun andaian peranannya meningkat disertai dengan latihan menjadi lebih sensitif terhadap perasaan orang lain dan memberi kesan terhadap tindakan apabila memahami perasaan tersebut.
Tuesday, April 9, 2013
Membantu Kanak-Kanak Memahami Perkongsian Guru
Kanak-kanak bukan sahaja untuk belajar berkongsi peralatan, mereka juga perlu mempelajari cara untuk berkongsi guru dan perhatian terhadap kanak-kanak lain. Model yang terbaik ialah bermurah hati dan dermawan, di mana setiap orang akan mendapat apa yang diperlukan. Guru perlu mengagihkan kanak-kanak mengikut keperluannya supaya mereka mendapat perhatian dan selesa. Guru tidak perlu bimbang terhadap sikap tidak berlaku adil semasa memberi perhatian kepada kanak-kanak. Terangkan kepada kanak-kanak bahawa setiap orang dapat keistimewaan yang berlainan berdasarkan keperluannya. Serterusnya beritahu bahawa peraturan ini digunapakai untuk semua orang.
Monday, April 8, 2013
Mendidik Kanak-Kanak Belajar Berkongsi Peralatan
Salah satu kemahiran sosial yang perlu ditekankan ialah mendidik kanak-kanak belajar berkongsi peralatan yang juga merupakan aspek murah hati. Peraturan yang jelas perlu dilaksanakan kepada kanak-kanak dan guru hendaklah menyelia dengan betul. Sebagai contoh apabila peralatan tidak mencukupi seperti buaian, guru hendaklah menetapkan peraturan giliran dalam jangka masa tertentu. Maklumkan apabila tiba giliran seterusnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
