Friday, November 16, 2012

Aktiviti Harian 26 : Oh, Berkemungkinan

Minta kanak-kanak meneroka seberapa banyak cara untuk membuat pergerakkan, contohnya tangan. Beri mereka masa untuk meneroka dan mengulangi beberapa bahagian anggota badan. Sebaik-baiknya termasuk kaki, kepala, tangan dan bahu. Sekiranya kanak-kanak meminta bantuan, guru boleh mencadangkan untuk mereka mencuba bahagian anggota mengikut arah dan tahap yang berbeza. Jika boleh minta kanak-kanak meneroka, membuat penemuan pergerakan dan membilang pergerakan. Mula dengan pergerakan tangan kerana mudah. MInta kanak-kanak membilang berapa langkah menggunakan pergerakan kaki untuk sampai ke dinding bilik. "Adakah jumlahnya berbeza jika melangkah dari penjuru ke penjuru?" Guru boleh membuat pelbagai aktiviti membilang dengan pergerakan anggota tubuh.

2 comments:

  1. Selamat pagi Prof.

    Kalau orang dulu2 guna jari untuk mengukur. Contohnya bila nak mengukur panjang lengan untuk membuat baju mereka menggunakan ukuran antara ibu jari dengan jari telunjuk yang dipanggil "jengkal". Jari digerakkan seperti ulat jengkal bergerak.

    Sekadar perkongsian pengalaman. :)

    ReplyDelete