Kecekapan diri kanak-kanak berdasarkan kajian Albert Bandura adalah datangnya daripada sumber berikut:
- Kejayaan individu. Kejayaan menggalakkan individu mengulangi tingkahlaku. Kejayaan satu tugas mendorong untuk melakukan semua tugas lain.
- Mencontohi pengalaman . Melihat kejayaan orang lain membuat tugasan dan tingkahlaku yang menyeronokkan menggalakkan orang baru untuk mencubanya.
- Galakkan verbal. Verbal atau kata-kata yang memberi peransang boleh menggalakkan kanak-kanak kecil untuk mencuba beberapa tugasan.
- Membangkitkan emosi. Keadaan perasaan yang baik adalah hasil daripada kejayaan. Ketakutan dan kekecewaan selalunya diikuti dengan kegagalan.
No comments:
Post a Comment