Belajar menggunakan tandas sepatutnya sebagai pengalaman perkembangan positif dan mengambil masa yang pendek. Masalah belajar menggunakan tandas selalu ditimbulkan oleh orang dewasa apabila tidak mengambilberat tentang kesediaan kanak-kanak. Mereka memberi tekanan kepada kanak-kanak menerusi pengalaman kegagalan selama berminggu dan sentiasa menyalahkan kanak-kanak daripada menyalahkan dirinya sendiri yang tidak memahami detik waktunya. Sepatutnya orang dewasa perlu memahami masa yang sesuai untuk masa latihan menggunakan tandas secara individu. Setiap individu tidak sama waktunya sama seperti belajar berjalan. Tidak ada usia yang tepat untuk menentukan semua kanak-kanak boleh menggunakan tandas dengan sendiri tanpa bantuan orang dewasa. Walau bagaimana pun selalunya kanak-kanak perempuan boleh menggunakan tandas dengan sendiri antara usia 30-36 bulan, manakala kanak-kanak lelaki antara 36-42 bulan.
No comments:
Post a Comment