Wednesday, May 23, 2012

Nyanyian Aktiviti Bahasa Dan Sosial

Di taska pendidik boleh menggunakan rentak dan irama lagu yang sedia ada dengan menukarkan senikata kepada aktiviti yang dirancang seperti mengemas mainan yang telah digunakan dan membersihkan meja makanan. Kanak-kanak akan merasa seronok mendengar lagu sambil melakukan aktiviti. Secara tidak langsung dapat menerapkan kemahiran sosial untuk melakukan aktiviti bersama dan memupuk semangat kerjasama di samping menyebut perkataan pada senikata lagu yang pendidik telah mengubahsuaikannya. Perlu diingat senikata yang telah digunakan jadikan sebagai aktiviti tetap atau rutin kerana lagu tersebut boleh menjadi isyarat kepada kanak-kanak apabila mendengar lagu tersebut mereka akan melakukan aktiviti rutin seperti mengemas dan menyimpan alat mainan.

3 comments:

  1. Prof, saya berminat untuk menghantar anak di Taska. Saya dah cuba, tapi saya tidak tahan..anak saya asyik sakit..demam, batuk, cirit-birit. Saya kerja, saya tidak tahan..sebab paling lama anak saya sihat hanya 3 hari. Ada sekali dah baik dari demam, seminggu itu saya cuti, hari isnin saya hantar, petang cirit-birit pulak. Saya memang tengok di Taska tersebut ramai anak2 yg sakit. Prof ada tips utk memilih Taska. Saya suka Taska tu, sebab memang menyanyi dan mengajar bayi menggunakan lagu. Tapi anak saya tidak tahan. Prof ada cadangan tak?

    ReplyDelete
  2. Panduan memilih taska, antaranya:
    1. Pastikan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
    2. Pengasuh yang terlatih dan jika boleh mempunyai kelayakan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak sekurang-kurangnya peringkat diploma.
    3. Nisbah pengasuh dan kanak-kanak sesuai sebagaimana yang telah ditetapkan oleh JKM.
    4. Kebersihan sekitar taska perlu diperhatikan sebelum mendaftar.
    5. Jadual menu dan hidangan makanan perlu diberi perhatian. Jika membawa makanan sendiri pastikan sentiasa diletakkan ditempat yang tidak terdedah.

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih. Semua Tips saya rasa ok, cuma no (4) mungkin dari segi kebersihan..nampak macam ok, tapi bila saya bawak balik tilam anak saya, dalamnya ada lipas.

    TQ

    ReplyDelete