Interaksi sosial dapat dijalankan dengan berkesan jika kumpulan dalam kumpulan kecil antara tiga atau empat orang kanak-kanak. Orang dewasa yang berada berdekatan kumpulan hendaklah membimbing kanak-kanak yang menghadapi masalah mengambil giliran dan berkongsi mainan. Contohnya jika seorang kanak-kanak tatih bernama Sara hendak turut sama dengan yang lain bermain dengan kereta dan bas seperti kanak-kanak lain. Sekiranya tidak ada lagi mainan bas dan kereta, orang dewasa boleh membantu Sara membina bangunan dengan menggunakan bongkah atau lego untuk menyimpan kenderaan atau mainan lain seperti kapal terbang, lori atau keretapi. Dengan adanya kenderaan lain seperti lori, keretapi atau kapalterbang, tempat meletak kenderaan mungkin sama menarik dan kemungkinan akan menarik minat kanak-kanak lain yang ada kereta dan bas. Mengambil giliran dan berkongsi akan terbit secara spontan pada kanak-kanak yang telah berumur.
Ibu bapa mestilah menggalakkan perkembangan sosial anaknya dengan membenarkan mereka bermain dengan kanak-kanak lain. Pada situasi satu ke-satu mereka akan bersedia untuk menggunakan kemahiran bahasa untuk menyelesaikan masalah sosial. Kemahiran bahasa terbina selari dengan kemahiran lain.
No comments:
Post a Comment