Thursday, December 28, 2017

Membaca yang menyeronokkan

Memilih bahan bacaan untuk kanak-kanak hendaklah mengikut keupayaan dan minat kanak-kanak. Biasanya orang dewasa yang menentukan bahan bacaan untuk dibaca oleh kanak-kanak tanpa memikirkan keupayaan dan minat kanak-kanak mengikut peringkat umur. Memaksa membaca bahan yang bukan menjadi minat dan tahap keupayaan membaca menyebabkan kanak-kanak tidak merasa keseronokkan membaca buku.

Tuesday, December 26, 2017

Memupuk minat membaca seawal usia bayi

Mungkin keterlaluan tetapi itulah asas memupuk minat membaca seawal usia bayi. Kalau kita berpegang kepada perpatah Melayu 'kalau melentur buluh biarlah dari rebung' maka tidak salah kalau membuat persediaan awal demi masa depan anak anda. Mungkin artikal ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa dan pendidik awal kanak-kanak yang inginkan anak-anak tertumpu kepada minat membaca buku.

Friday, December 22, 2017

Tip menghadapi bayi menangis

Jika bayi menangis berlarutan akan menimbulkan keresahan kepada ibu dan bapa. Bagaimana untuk memahami tangisan bayi? Mungkin panduan ini dapat membantu ibu bapa yang berdepan dengan tangisan bayi.


Wednesday, December 20, 2017

Mengajar bahasa asing kepada kanak-kanak

Ramai di kalangan ibu bapa mahukan anaknya dapat menguasai bahasa asing seperti bahasa Inggeris, Arab, Mandrin, dan Tamil. Rata-rata kita akan kedengaran ibu bapa yang hanya menyebut sepatah atau dua perkataan bahasa asing kepada anaknya. Perkataan yang disebut itu biasanya kata ganti nama seperti 'cat', 'dog' 'chicken' dan kata kerja seperti 'go', 'walk', 'run,' dan lain-lain. Adakah ini memberi manfaat dalam mempelajari bahasa asing?


Monday, December 18, 2017

Umur yang sepatutnya menghantar anak ke tadika

Terdapat ibu bapa yang tidak sabar menghantar anak ke tadika terutama anak sulung. Malah anak itu sendiri kadangkala merasa tidak sabar-sabar untuk belajar di tadika. Ibu bapa jangan terlalu ghairah tanpa melihat umur yang sepatutnya mendaftar ke tadika. Peraturan telah menetapkan umur yang sepatutnya kanak-kanak dibenarkan ke tadika. Sekiranya belum mencapai umur yang ditetapkan bermakna anak tersebut masih sesuai berada di taska. Artikal ini diharapkan dapat membantu dan dijadikan panduan kepada ibu bapa yang akan menghantar anaknya ke tadika.
 

Friday, December 15, 2017

Peranan seni lukis membantu perkembangan kanak-kanak

Apabila melihat kanak-kanak melukis orang dewasa hendaklah memahami apa yang ingin dinyatakan bukan melihat sesuatu yang dihasilkan. Kesabaran adalah diperlukan apabila kanak-kanak sedang melukis. Orang dewasa perlu sedar aktiviti melukis perlu dilihat dari segi proses penghasilannya bukan penghasilannya.


Tuesday, December 12, 2017

Memberi pilihan kepada kanak-kanak mendidik membuat keputusan

Kanak-kanak sewajarnya dilatih membuat pilihan dan orang dewasa sepatutnya memberi peluang kepada kanak-kanak menentukan pilihan yang diberikan. Artikal ini merupakan cadangan dan panduan memberi pilihan kepada kanak-kanak.


Thursday, December 7, 2017

Cara bercerita kepada kanak-kanak

Apabila ibu bapa bercerita tumpuan kanak-kanak untuk mendengar tidak lama. Mereka cepat merasa bosan mendengar penyampaian cerita. Sebaliknya guru tadika bercerita dapat menarik perhatian kanak-kanak mendengarnya. Guru tadika yang berpengalaman dan berpengetahuan tentang aktiviti bercerita dapat menarik perhatian kanak-kanak. Guru baru perlu mendalami pengetahuan untuk aktiviti bercerita.

 

Tuesday, December 5, 2017

Mendidik kanak-kanak berkongsi

Berkongsi barang permainan bagi kanak-kanak sangat sukar untuk dilakukan. Kanak-kanak cuba mempertahankan miliknya daripada digunakan bersama dengan kanak-kanak lain. Terutama kanak-kanak tatih akan menangis jika mainannya diberikan kepada kanak-kanak lain. Artikal ini cuba memberi panduan mendidik kanak-kanak berkongsi.