Menulis memerlukan kemahiran fizikal iaitu motor kasar dan motor halus. Koordinasi pergerakan tangan, jari dan mata berjalan seiring. Kanak-kanak yang masih kecil perlu didedahkan dengan pergerakan motor kasar dan motor halus sebelum belajar menulis. Aktiviti seperti bermain dengan jari melakar di pasir, memasukkan benang ke lubang butang atau manik, melukis dan melakar di kertas. Kemahiran menguasai pergerakan tangan akan membantu kanak-kanak untuk menulis abjad. Ajar kanak-kanak memegang pensil dengan betul semasa hendak mengajar menulis. Galakkan kanak-kanak menulis huruf walau pun pada awalnya sekadar lakaran yang tidak memberi makna kepada orang dewasa. Apa yang penting kanak-kanak dapat memahami konsep menulis.
No comments:
Post a Comment