Sunday, November 12, 2017

Majalah Kanak-Kanak Dewan Pelajar

Seingat saya semasa zaman sekolah rendah tidak banyak majalah berbentuk akademik dan menghiburkan adalah Majalah Dewan Pelajar terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Majalah tersebut adalah wadah bacaan kanak-kanak di era tahun 1960an. Boleh dikatakan semua kanak-kanak sekolah rendah yang suka membaca majalah tersebut menjadi tatapan mereka. Majalah tersebut boleh dikatakan begitu popular dan Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi destinasi utama lawatan rombongan sekolah rendah ke Kuala Lumpur. Bahagian kanak-kanak menjadi tumpuan lawatan di Dewan Bahasa dan Pustaka.

2 comments:

  1. Teringat zamannya. Sanggup simpan duit saku semata-mata untuk mendapatkannya.

    ReplyDelete
  2. Betul Prof.
    Dewan Pelajar peneman setia dan dewan sastera. 2 bahan bacaan yg saya cukup sayang.

    ReplyDelete