Perbandingan 1: Perkembangan yang tidak bersesuaian adalah mengarahkan semua kanak-kanak dalam satu kumpulan untuk membuat aktiviti yang sama dalam satu masa. Contohnya, menyuruh semua kanak-kanak melukis gambar yang sama atau mewarna gambar rumah yang sama. Amalan yang tidak betul ini mengandaikan semua kanak-kanak mengikut urutan umur perkembangannya adalah sama. Sepatutnya mengenalpasti keunikan cara pembelajaran mengikut tahap keupayaan, minat dan pengalaman. Semua kanak-kanak yang tidak berpeluang memilih perkembangan untuk berjaya, mereka tidak akan dapat membina berkeyakinan diri dalam pembelajaran. Kanak-kanak ini juga tidak berpeluang untuk membina peluang keyakinan diri dengan orang lain sekiranya amalan yang tidak bersesuaian berterusan.
Kelas yang mengamalkan amalan yang bersesuaian, gurunya mengenalpasti keunikan perkembangan kanak-kanak, mempunyai senarai jadual kepeluaan individu, merujuk kepada keupayaan kanak-kanak yang diberi dalam jangka masa tertentu. Suasana kelasnya sentiasa dirancang untuk bertindakbalas kepada setiap kanak-kanak.
Prof....
ReplyDeleteRasanya kebanyakan institusi yg terlibat dgn pendidikan prasekolah melakukan amalan aktiviti 'Perkembangan yang tidak bersesuaian".
Tak bolehkah pihak bertanggungjwb memberi perhatian serius soal ini.... sebagai contoh memasukkannya antara kurikulum yg dilaksanakan di prasekolah...
Namun tidak dinafikan terdapat juga institusi prasekolah yg mempraktikkan amalan yg betul.
Terima kasih..
Setuju dengan pandangan anda.Sikap terbuka dan ingin belajar perlu ada pada guru untuk kemajuan. Terima kasih sekali lagi dengan sumbangan pandangan anda.
ReplyDelete