Perbandingan 14: Bilik darjah yang tidak bersesuaian gurunya sentiasa menguasai setiap keadaan untuk mengawal tingkahlaku yang baik dengan memberi ganjaran dan tingkahlaku yang bertentangan didenda. Matlamat utama adalah menjayakan pengajaran tanpa gangguan dengan menetapkan peraturan dan menjalankan mengikut sistem yang diarahkan pihak pengurusan. Guru sentiasa campurtangan dalam aktiviti penyelesaian masalah. Tindakan guru sentiasa tegang dan tegas. Perkembangan sosial kanak-kanak dan kemahiran personal dan interpersonal dilihat tidak dinilai dalam kurikulum.
Amalan perkembangan yang bersesuaian guru mengenalpasti kepentingan perkembangan pengawalan diri (self-control) dan komunikasi sosial memainkan peranan penting dan prosesnya perlahan dan berterusan. Perkembangan tersebut mempunyai hubungan dengan keupayaan berbahasa dan kefahaman kognitif. Guru sentiasa memberi bimbingan dalam semua aspek perkembangan sosial dan memberi dorongan dalam penyelesaian masalah, komunikasi dan membentuk perkembangan diri kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment