Showing posts with label taska. Show all posts
Showing posts with label taska. Show all posts

Saturday, March 19, 2011

Perbandingan 15: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Yang Bersesuaian

Perbandingan 15: Amalan perkembangan yang tidak bersesuaian memastikan semua kanak-kanak di dalam kelas dalam keadaan senyap. Interaksi verbal antara orang dewasa dan kanak-kanak lain adalah penting untuk membina asas bahasa sebagai kemahiran akademik di masa depan dan memahami pengetahuan di persekitarannya. Apabila persekitaran dan aktiviti pembelajaran tidak menggalakkan bahasa, pertuturan aktif tidak didorong, orang dewasa tidak memberi tindak balas secara positif dan tidak melayani pertuturan kanak-kanak bermakna pembelajaran terhenti. Dalam kelas amalan perkembangan yang tidak bersesuaian suara orang dewasa memberi arahan, kerap bercakap kepada keseluruhan kumpulan. Manakala suara kanak-kanak di dalam kelas jarang kedengaran.

Amalan yang bersesuaian guru sentiasa menghargai kanak-kanak menggunakan bahasa dengan memberi tindak balas, memberi masa pada pertuturan setiap kanak-kanak, membimbing interaksi verbal semua kanak-kanak dengan menyusun ruang, menstrukturkan aktiviti, merancang pengalaman berbahasa. Guru memahami hubungan bahasa dan perkembangan kognitif.

Thursday, March 17, 2011

Perbandingan 13: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Yang Bersesuaian

Perbandingan 13: Perkembangan amalan yang tidak bersesuaian gurunya membuat semua kerja mengemas dan tugasan rutin sendirian. Alasannya guru merasakan lebih berkesan membuat kerja tersebut dan tidak nampak nilai kebaikannya melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti mengemas. Rutin selalunya dilakukan secara tergesa-gesa. Guru mengesa mengarah membuat kumpulan dan mendapatkan pembelajaran "sebenar" menerusi kumpulan. Kanak-kanak tidak mendapat peluang berlatih kemahiran sendiri dan tidak berpeluang merasai dirinya sebagai bebas memilih dan bertanggungjawab.

Amalan perkembangan yang bersesuaian menguruskan rutin berasaskan pengiktirafan setiap pengalaman itu adalah peluang pembelajaran sebenar untuk kanak-kanak. Guru melibatkan kanak-kanak, mengambil masa untuk membantu kanak-kanak belajar dan berlatih kemahiran dan merasakan menyelesaikan tugasannya. Peralatan disediakan untuk kanak-kanak menguruskannya, membantu kanak-kanak merasakan kecekapan. Keupayaan kanak-kanak diperkukuhkan dengan pengiktirafan. Kanak-kanak digalakkan untuk merasakan bahawa tanggungjawab penglibatan adalah perlu untuk menyumbang kepada kumpulan.

Wednesday, March 16, 2011

Perbandingan 12: Perkembangan Yang tidak Bersesuaian Lawan Amalan Bersesuaian

Perbandingan 12: Guru membuat semua keputusan dalam kelas perkembangan yang tidak bersesuaian. Keputusan guru termasuk memberikan tugasan aktiviti, mengarahkan semua kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti, membuat tugasan atau bermain dengan kanak-kanak tertentu atau berkumpulan, mengerakan dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain menggunakan loceng. Kanak-kanak langsung tiada pilihan.

Amalan yang bersesuaian guru di dalam kelas mengenalpasti kanak-kanak belajar apabila mereka semua terlibat dengan pengalaman. Penglibatan kanak-kanak adalah menerusi pilihan sendiri dan mempunyai masa yang secukupnya untuk penglibatan sepenuhnya. Guru akan membantu dan menggalakkan kanak-kanak untuk mencapai pengalaman baru menerusi cabaran tetapi bukan memaksa melakukan aktiviti atau memilih rakan. Banyak pilihan aktiviti diberikan kepada kanak-kanak. Guru mengenalpasti bahawa memberi peluang pilihan kepada kanak-kanak mempunyai hubungan kepada kemahiran dan berdikari.

Tuesday, March 15, 2011

Perbandingan 11: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Yang Bersesuaian

Perbandingan 11: Program perkembangan yang tidak bersesuaian menganggap main memberi peluang kepada "kanak-kanak menjadi kanak-kanak" untuk jangka masa yang singkat dan selainnya guru akan mengawal pengajaran sepanjang hari. Kepentingan main dalalm pembelajaran kanak-kanak dan perkembangannya diabaikan. Guru membenarkan kanak-kanak bermain jika kanak-kanak telah menyelesaikan tugasan dan berkelakuan baik.

Program amalan perkembangan yang bersesuaian mengiktiraf main sebagai asas program. Guru memainkan peranan yang aktif untuk mendorong dan membantu penglibatan kanak-kanak dalam main, menyediakan peralatan, masa dan idea untuk menjadikan main lebih komplek.

Monday, March 14, 2011

Perbandingan 10: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Yang Bersesuaian

Perbandingan 10: Perkembangan amalan yang tidak bersesuaian rancangan mengajar dibina oleh guru yang membuat keputusan semata-mata berasaskan apa yang guru rasa sepatutnya dipelajari oleh sekumpulan pada hari yang ditetapkan atau berdasarkan panduan sistem kurikulum yang ditetapkan oleh panduan kurikulum pusat. Masa yang ditetapkan pada aktiviti atau topik telah ditetapkan terlebih dahulu. Guru patuh kepada jadual dan pertukaran aktiviti mengikut masa (jam) dan kalendar bukannya mengikut minat kanak-kanak dan penglibatannya. Kebiasaannya perlaksanaan kurikulum tergesa-gesa mengejar masa untuk diselesaikan sebagaimana yang ditetapkan.

Perkembangan amalan yang bersesuaian, guru merancang berasaskan permerhatian dan penilaian aktiviti kanak-kanak, minat, keperluan, penglibatan dan keupayaan. Peralatan adalah dipilih sesuai dengan tahap minat semasa kanak-kanak. Guru menentukan peralatan atau mengubah penggunaan peralatan berasaskan penggunaan kanak-kanak terhadap peralatan. Apabila minat kanak-kanak berkurangan pada masa itu guru akan menukarkan peralatan pembelajaran.

Sunday, March 13, 2011

Perbandingan 9: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Yang Bersesuaian

Perbandingan 9: Amalan yang kurang bersesuaian pembelajaran tertumpu kepada simbol yang tidak jelas atau kabur (abstract). Contohnya abjad dan nombor adalah kemahiran yang asing dan menghafal simbol-simbol berkenaan. Contoh lain adalah menyanyi abjad dan menulis semula abjad. Tugasan adalah dipilih oleh guru. Tugasan mungkin dilihat orang dewasa ada perkaitannya kerana tugasan itu disusun mengikut urutan dan susunan konsep yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak semasa membaca, menulis dan memahami matematik. Walau bagaimana kanak-kanak tidak dapat melihat hubungan antara tugasan pembelajaran dan pengalaman sebenar dan minat mereka.

Amalan yang bersesuaian kurikulumnya memberi peluang aktiviti pembelajaran kanak-kanak yang konkrit dengan peralatan dan orang dapat mengenalpasti kesesuaiannya dengan pengalaman kehidupan kanak-kanak. Guru memahami cara literasi dan pembelajaran nombor lahir daripada aktiviti. Contohnya memasukan bersama pelbagai aktiviti pebagai media untuk mewakili lawatan ke zoo, membincangkan cerita kepada guru, membincangkan lawatan dan memberi arahan mudah untuk menyediakan dan mengukur.

Friday, March 11, 2011

Perbandingan 7: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Yang Bersesuaian

Perbandingan 7: Amalan yang tidak bersesuaian kepada kanak-kanak lebih menekankan hasil pembelajaran yang ditetapkan. Subjek dan kandungan yang akan dipelajari oleh kanak-kanak disempitkan, memberi jangka masa, orang dewasa menetapkan konsep yang betul, penyelesaian, kemajuan, dan kegagalan. Guru menetapkan objektif pembelajaran khusus dan memastikan semua kanak-kanak mencapai objektif yang ditetapkan mengikut rancangan guru. Contohnya menetapkan kanak-kanak berusia dua tahun mengenali lima warna kad imbasan pada waktu pagi.

Amalan yang bersesuaian mengenalpasti pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak sebagai proses berterusan dan tidak mudah diukur secara kuntiti. Guru tidak merancang objektif tingkahlaku tertentu. Terdapat berlainan pembelajaran dalam satu aktiviti untuk kanak-kanak.

Thursday, March 10, 2011

Perbandingan 6: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Yang Bersesuaian

Perbandingan 6: Amalan perkembangan yang tidak bersesuaian apabila komponen hubungan tidak dinilai dalam kelas. Orang dewasa tidak melihat peranannya untuk memahami kanak-kanak memerlukan hubungan kemesraan di kalangan kanak-kanak sebagaimana orang dewasa. Hubungan antara kanak-kanak tidak dipupuk menerusi perancangan aktiviti pembelajaran dan persekitarannya. Kanak-kanak sentiasa diarah untuk membuat tugasan secara sendirian. Kanak-kanak yang menghadapi kesukaran membina persahabatan tidak disokong dengan pembinaan sosial akan kekal sendirian dan terpinggir.

Amalan yang bersesuaian, guru mengenalpasti kepentingan perkembangan hubungan dan sentiasa membina hubungan mesra antara kanak-kanak. Guru juga sentiasa bertindakbalas dengan mesra terhadap kanak-kanak. Guru memikirkan cara tugasan yang ke arah masyarakat mesra dan perihatin, membantu kanak-kanak yang beru membina hubungan persahabatan dan pembelajaran secara kolabrasi. Suasana kelas sentiasa mesra dan menyenangkan.

Wednesday, March 9, 2011

Perbandingan 5: Perkembangan Yang Tidak Bersessuaian Lawan Amalan Bersesuaian

Perbandingan 5: Amalan perkembangan yang tidak bersesuaian gagal menyediakan rutin yang dijangkakan dan penghayatan seharian di dalam kelasnya. Jadual disediakan berdasarkan keselesaan orang dewasa bukan untuk bertindakbalas kepada keperluan kanak-kanak. Oleh kerana sentiasa bertukar aktiviti, kanak-kanak tidak cukup masa untuk melibatkan kepada aktiviti konstruktif. Keadaan yang kelam kabut kerana guru cuba mengesa kanak-kanak menyiapkan segera untuk ke aktiviti seterusnya.

Amalan yang bersesuaian programnya memberi tumpuan kepada merancang jadual yang boleh dijangkakan, seimbang untuk aktiviti aktif dan masa senyap, memenuhi keperluan kanak-kanak untuk tenang dan rasa selamat. Guru mengawal rasa keletihan kanak-kanak supaya suasana kekal selesa kekal. Menyediakan jangka ruang masa yang sesuai supaya kanak-kanak terlibat sepenuhnya dalam aktiviti main.

Tuesday, March 8, 2011

Perbandingan 4: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Bersesuaian

Perbandingan 4: Amalan perkembangan yang tidak bersesuaian sedikit sahaja menekankan penggunaan peralatan untuk kanak-kanak. Kebanyakan peralatan yang digunakan untuk tugasan menggunakan kertas dan pensil dengan arah terus daripada guru. Amalan perkembangan yang tidak bersesuaian memberi tugasan kepada kanak-kanak dengan banyak menggunakan lembaran kerja, buku kerja dan kad imbasan (flash cards) untuk sesi latih tubi (drill session).

Amalan yang besesuaian pemilihan peralatan sesuai dengan keperluan kanak-kanak untuk meningkatkan daya kreativiti dan mendidik ke arah berdikari. Bahan yang dipilih memberi peluang cabaran dan kejayaan kepada kanak-kanak.

Monday, March 7, 2011

Perbandingan 3: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Yang Bersesuaian

Perbandingan 3: Program prerkembangan yang tidak bersesuaian ialah menyuruh kanak-kanak duduk mendengar atau membuat kerja yang disuruh dan menjalankan tugasan sepanjang masa. Hal ini menidakkan keperluan kanak-kanak yang memerlukan fizikal aktif dan interaktif dengan peralatan dan orang lain dalam bentuk pembelajaran, dan pemilihan sendiri aktiviti pembelajaran untuk meningkatkan minat kepada pembelajarannya.

Amalan perkembangan yang bersesuaian semua pembelajaran berlaku dipelbagai sudut pembelajaran atau di tempat ruang pilihan aktiviti, sama ada secara berkumpulan atau individu kana-kanak memilih pelbagai peralatan terbuka (open ended materials). Kanak-kanak bergerak secara bebas, lebih banyak masa, banyak ruang aktiviti di kelas, memilih tempat untuk bermain yang diminati. Ruang pembelajaran direka untuk mendorong rasa ingin tahu dan membentuk ruang untuk kumpulan kecil menghasilkan kerja yang produktif.

Sunday, March 6, 2011

Perbandingan 2: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Bersesuaian

Perbandingan 2: Apabila kanak-kanak membuat perkara yang sama pada satu masa memerlukan guru yang mengawal, mengarah, memberitahu sehingga menjadikan guru memberi perhatian sepenuhnya. Keadaan ini menjadikan guru sebagai orang yang aktif mengambil bahagian semasa pembelajaran manakala kanak-kanak sebagai orang yang pasif menerima sahaja yang ditentukan oleh guru untuk dipelajari pada hari itu. Guru seperti mengenepikan perkembangan kanak-kanak yang sepatutnya kanak-kanak memainkan peranan aktif semasa pembelajaran berlaku. Pembelajaran sebenarnya bukan sekadar menyampaikan dengan memberitahu sahaja.

Amalan yang bersesuaian berlaku di kelas sepatutnya guru sebagai pemudahcara (facilitator), mendorong dan memperluaskan aktiviti pembelajaran, bertindakbalas terhadap minat kanak-kanak dan keupayaannya. Guru memahami peranannya berkerjasama dengan kanak-kanak untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran dan meletakkan kanak-kanak untuk lebih aktif semasa aktiviti pembelajaran berlaku.

Saturday, March 5, 2011

Perbandingan 1: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Bersesuaian

Perbandingan 1: Perkembangan yang tidak bersesuaian adalah mengarahkan semua kanak-kanak dalam satu kumpulan untuk membuat aktiviti yang sama dalam satu masa. Contohnya, menyuruh semua kanak-kanak melukis gambar yang sama atau mewarna gambar rumah yang sama. Amalan yang tidak betul ini mengandaikan semua kanak-kanak mengikut urutan umur perkembangannya adalah sama. Sepatutnya mengenalpasti keunikan cara pembelajaran mengikut tahap keupayaan, minat dan pengalaman. Semua kanak-kanak yang tidak berpeluang memilih perkembangan untuk berjaya, mereka tidak akan dapat membina berkeyakinan diri dalam pembelajaran. Kanak-kanak ini juga tidak berpeluang untuk membina peluang keyakinan diri dengan orang lain sekiranya amalan yang tidak bersesuaian berterusan.

Kelas yang mengamalkan amalan yang bersesuaian, gurunya mengenalpasti keunikan perkembangan kanak-kanak, mempunyai senarai jadual kepeluaan individu, merujuk kepada keupayaan kanak-kanak yang diberi dalam jangka masa tertentu. Suasana kelasnya sentiasa dirancang untuk bertindakbalas kepada setiap kanak-kanak.

Monday, February 28, 2011

Larangan Di TASKA

Akta dan peraturan telah menetapkan perkara berikut adalah larangan (prohibition) di taska:
(1) dilarang berludah di kawasan taska
(2) dilarang menggunakan sebarang produk tembakau
(3) dilarang merokok di kawasan taska
(4) dilarang memelihara binatang

Sunday, February 27, 2011

Pengasingan Sementara Di TASKA

Pihak pengusaha, pengurus, penyelia, pengasuh kanak-kanak, pengasuh berdaftar di taska sekiranya terdapat kanak-kanak yang sakit semasa di taska hendaklah diasingkan daripada kanak-kanak lain. Pengasingan sementara (temporarily isolation) perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada berjangkit kepada kanak-kanak lain. Berikut langkah yang perlu diberi perhatian:
(a) ambil langkah yang sesuai untuk mengasingkan kanak-kanak daripada kanak-kanak lain yang hadir di taska.
(b) pastikan memaklumkan dengan segera ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang sakit tentang keadaan anaknya.

Kanak-kanak yang sakit di taska perlu di letakkan di sebuah bilik yang sesuai untuk tujuan pengasingan.

Apakah langkah untuk mengelakkan kanak-kanak yang sakit dihantar ke taska? Mohon berkongsi pengalaman dan pandangan bersama pembaca?

Friday, February 25, 2011

Pemeriksaan Perubatan Untuk Kanak-Kanak Dan Pekerja Di TASKA

Pemeriksaan perubatan adalah penting khususnya kepada semua kanak-kanak, pengurus, penyelia, pengasuh kanak-kanak, pengasuh kanak-kanak berdaftar atau pekerja di taska tempat kerja, komuniti dan institusi untuk menjalani pemeriksaan perubatan. Laporan perubatan perlu dihantar kepada Ketua Pengarah JKM, mana-mana pengawai penguasa atau pelindung.

Pengusaha taska di rumah juga tidak terkecuali untuk menjalani pemeriksaan perubatan. Pengusaha taska di rumah hendaklah menghantar kepada Ketua Pengarah JKM, mana-mana pegawai penguasa atau pelindung semua kelulusan kelayakan perubatan yang telah ditanda tangani oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan yang berdaftar.

Thursday, February 24, 2011

Pengasingan Penyakit Berjangkit Di TASKA

Pengasingan daripada hadir ke taska apabila pengawai perubatan atau pengamal perubatan telah mengesahkan kanak-kanak, penyelia, pengasuh kanak-kanak, pengasuh berdaftar atau pekerja berpandukan kepada:
(a) dijangkiti atau pernah dijangkiti penyakit berjangkit atau parasit.
(b) telah berhubung atau tinggal bersama di rumah orang yang telah dijangkiti penyakit berjangkit atau parasit.

Pengusaha taska di tempat kerja dan institusi, pengurus taska komuniti jika perlu mendapatkan laporan bertulis daripada pengawai perubatan atau pengamal perubatan untuk mengecualikan dan mengasingkan kanak-kanak, penyelia, pengasuh kanak-kanak, pengasuh berdaftar atau pekerja daripada hadir untuk jangka masa tertentu.

Pengurus, penyelia, pengasuh, pengasuh berdaftar atau pekerja di taska tempat kerja, komuniti dan institusi hendaklah melaporkan kepada pegawai perubatan atau pengamal perubatan sekiranya mengetahui kes penyakit berjangkit dikalangan kanak-kanak atau pekerja di taska telah dijangkiti penyakit berjangkit.

Wednesday, February 23, 2011

Pemeriksaan Perubatan Di TASKA

Pemeriksaan perubatan mengikut Akta dan Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2010 mesti dipatuhi oleh mereka yang terlibat dalam perkhidmatan taska sama ada taska di tempat kerja, komuniti dan institusi.
Pengusaha taska di tempat kerja perlu mengaturkan pemeriksaan perubatan kepada:
(a) kanak-kanak, pengurus, penyelia, pengasuh kanak-kanak, pengasuh berdaftar dan pekerja sekiranya diperlukan.
(b) memastikan semua pengurus, penyelia, pengasuh kanak-kanak, pengasuh berdaftar dan pekerja menjalani pemeriksaan perubatan sekurang-kurangnya setahun sekali.

Pengurus taska komuniti perlu mengaturkan pemeriksaan perubatan kepada:
(a) kanak-kanak, penyelia, pengasuh kanak-kanak, pengasuh berdaftar dan pekerja sekiranya diperlukan.
(b) memastikan semua penyelia, pengasuh kanak-kanak, pengasuh berdaftar dan pekerja menjalani pemeriksaan perubatan sekurang-kurangnya setahun sekali.

Pengusaha dan penyelia taska di institusi perlu pemeriksaan perubatan kepada:
(a) kanak-kanak, pengasuh kanak-kanak, pengasuh berdaftar dan pekerja sekiranya diperlukan.
(b) memastikan penyelia. pengasuh kanak-kanak, pengasuh berdaftar dan pekerja menjalani pemeriksaan perubatan sekurang-kurangnya setahun sekali.