Langkah awal untuk keselamatan kanak-kanak di taska dinasihatkan semua objek yang dianggap berbahaya seperti beg plastik, tali dan objek kecil hendaklah disimpan. Kanak-kanak taska mudah tercekik pada objek yang kecil apabila memasukkannya ke dalam mulut. Makanan yang kecil seperti kacang, sayuran belum dimasak, gula-gula,
popcorn dan buah anggur boleh menyebabkan tercekik. Alat mainan yang boleh dicabut-cabut peralatannya menjadi bahagian kecil hendaklah disimpan. Belon dan tali langsir yang tergantung atau tali bidai juga boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak kecil.
No comments:
Post a Comment