Kemalangan bayi di taska masih lagi berlaku hingga kini. Apakah langkah untuk mengelakkan kemalangan yang meragut nyawa bayi di taska? Jika keadaan ini berterusan ibu bapa tidak akan merasa tenang dan sentiasa merasa bimbang akan keselamatan anak-anak mereka di taska.
Kepada pembaca diharap dapat memberi pandangan dan cadangan cara untuk mengatasi masalah kemalangan bayi di taska. Pandangan dan cadangan anda amat saya hargai.
Prof, jika dari permerhatian saya, kes seperti ini berkemungkinan berlaku dalam situasi yang berikut;
ReplyDelete1) Bayi tertidur semasa menyusu dan pengasuh tidak cuba menyendawakannya. Mungkin kerana kasihan untuk mengejutkan bayi dari tidurnya yang lena.
2) Bayi menyusu dan pengasuh melakukan aktiviti lain dengan meninggalkan bayi menyusu tanpa pengawasan pengasuh kerana kadangkala bayi mengambil masa yang lama untuk menghabiskan sukatan susu yang diberi.
Ini sekadar pendapat peribadi saya. Terima kasih.
Terima kasih memberi pendapat yang saya anggap hasil daripada pengalaman anda. Saya amat menghargai perkongsian pengalaman anda kepada saya dan pembaca lain.
ReplyDeleteCadangan saya ;
ReplyDelete1) Waktu penyusuan yang berjadual perlu ada di mana ibubapa perlu memaklumkan kepada pengasuh bilakah penyusuan yang terakhir diberi kepada bayi sebelum dihantar ke taska. Dengan ini, pengasuh boleh tahu waktu penyusuan yang seterusnya. Bayi akan menghisap susu dengan pantas jika terlalu kehausan dan kelaparan.
2) Sendawakan bayi meskipun bayi sudah tertidur. Waktu ini kata2 berikut mungkin boleh digunapakai "biar bayi menangis, jangan kita(pengasuh & ibubapa)yang menangis"..
3) Pengasuh perlu berada berhampiran dengan bayi sehingga selesai waktu penyusuannya dan disendawakan walau apa alasan sekalipun. Jika pengasuh masih perlu untuk meninggalkan bayi sewaktu menyusu, dapatkan bantuan pengasuh yang lain. Apa yang penting adalah pengasuh perlu menjalankan tugas secara berpasukan & profesional.
Saya bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan. Terima kasih kerana berkongsi pendapat dan pengalaman yang amat berguna kepada saya dan pembaca. Semoga anda terus menyumbang pendapat dan pandangan untuk kebaikan bersama.
ReplyDeleteTips and Warnings:
ReplyDeleteIf you want to give baby more than 4-5 tablespoons of milk, use 1 tablespoon of cereal for every 4 to 5 tablespoons of milk. If the cereal clogs the nipple of the bottle, try switching to a nipple with larger holes. Some brands make nipples with smaller holes for newborns and larger holes for older babies.
Read more: http://www.livestrong.com/article/172503-how-to-put-cereal-in-an-infant-bottle/#ixzz157c2P8Ww
Thank you for your sharing'Tips and Warning'.
ReplyDeleteSalam PM,
ReplyDeleteApa yg perlu ibu bapa lakukan sekiranya anak yg dihantar ke taska mengalami kemalangan spt jatuh dr tangga, jari tersepit laci/almari atau jatuh tersembam ketanah semasa aktiviti luar taska? Maksud saya tindakan yg perlu ibu bapa ambil terhadap taska berkenaan. ini adalah disebabkan kecuaian penjaga. tksh..
Salam, masalah bayi tersedak susu ini dapat dielakkan dengan cara berikut:
ReplyDelete- Bagi pengasuh; jangan sesekali tinggalkan bayi sedang menyusu sendirian tanpa pemantauan
- Jangan sendalkan kain pada botol semasa bayi menyusu
- Jika bayi lambat sendawa dan tertidur sebelum sendawa, cuba mngiringkan atau biarkan bayi tidur meniarap supaya sekiranya bayi muntah susu, muntah tersebut senang keluar dari mulut