Saturday, November 27, 2010

Ciri Pemikiran Kanak-Kanak Taska

Terdapat perbezaan kognitif antara kanak-kanak berumur 2 tahun dan 5 tahun. Secara umum ciri perbezaan kognitif dapat dilihat:
2 tahun
Matlamat melampaui keinginannya; merasa kecewa jika percubaannya tidak mencapai matalamat yang diingini (contoh apabila cuba sesuatu peralatan mainan tidak berjaya akan mengecewakannya).

Tidak mempunyai pemikiran tentang urutan masa lalu, kini dan masa depan tetapi boleh menjangka urutan fizikal mengikut tindakannya sendiri

5 tahun
Menguasai sesuatu penyediaan bahan peralatan mudah.

Mula melihat urutan menerusi dirinya tentang masa lalu, kini dan masa depan tetapi sukar untuk menghubungkannya dengan orang lain.

2 comments:

  1. Dr, saya kurang faham tentang ini: "Tidak mempunyai pemikiran tentang urutan masa lalu, kini dan masa depan tetapi boleh menjangkan urutan fizikal mengikut tindakannya sendiri"? adakah ianya mengenai kemampuan fizikal yang ada dalam diri kanak-kanak yang berusia 2 tahun?

    & juga tentang ini: "Mula melihat urutan menerusi dirinya tentang masa lalu, kini dan masa depan tetapi sukar untuk menghubungkannya dengan orang lain."? adakah ianya mengenai komunikasi?

    ReplyDelete
  2. Kanak-kanak berusia 2 tahun masih belum dapat mengaitkan sesuatu peristiwa yang mengikut urutan. Misalnya apa yang berlaku peristiwa ketika ini tidak dapat dikaitkan peristiwa sebelumnya dan peristiwa yang memungkinkan berlaku pada masa akan datang.
    Sesuatu perkara dilihat secara fizikal adalah ditafsirkan mengikut pandangannya. Contoh klasik iaitu meletakkan air di dalam bekas rendah kemudian tuangkan ke dalam bekas yang tinggi dari bekas yang sama. Apabila ditanya kuantiti air di bekas mana yang banyak? Tentu kanak-kanak 2 tahun akan meberitahu bekas yang tinggi.

    ReplyDelete