Tuesday, November 30, 2010
Pemikiran Kanak-Kanak Taska: Lurus
Kanak-kanak peringkat praoperasi tidak boleh membalikkan pemikiran secara mental sesuatu tindakan yang membawa kepada penghujung atau penamat. Mereka hanya memberi tumpuan kepada penamat atau permulaan sesuatu perkara tanpa memahami apa yang berlaku di pertengahannya.
Monday, November 29, 2010
Pemikiran Kanak-Kanak Taska: Egosentrik
Kanak-kanak di taska peringkat praoperasi masih berfikiran egosentrik. Fikiran egosentrik bermaksud kanak-kanak berfikir berdasarkan pandangan dirinya dan tidak berupaya melihat pandangan orang lain. Pandangan terhadap dunia persekitarannya adalah satu-satunya pandangan yang diterima dan hanya pandanganya itu sahaja yang diambil perhatian. Kanak-kanak peringkat praoperasi tidak mempunyai keupayaan kognitif untuk memahami apa yang orang lain lihat daripada perspektif lain selain pandangan dirinya.
Sunday, November 28, 2010
Pemikiran Praoperasi Kanak-Kanak Taska
Operasi adalah pembalikan pemikiran mental di mana objek atau pengalaman yang diubah boleh kembalikan kepada asal. Contoh operasi mental adalah 1 + 2 = 3, dan 3 - 2 = 1. Proses tambah adalah pembalikan pengurangan (tolak atau 'minus'). Kanak-kanak taska di peringkat praoperasi tidak dapat mengekalkan (conserve) secara mental kerana mereka tidak memahami jumlah, kuantiti, isi padu (volume) walau pun rupa dari segi bentuk, saiz dan dimensi berubah. Contoh segumpal tanah liat yang sama berat tidak dapat dibezakan isi padu apabila digentel memanjang seperti ular.
Pemikiran kanak-kanak taska masih di peringkat praoperasi. Pada peringkat praoperasi kanak-kanak adalah sukar untuk memahami apabila diperkenalkan membaca dan matematik seperti yang dilakukan menerusi amalan traditional yang menekankan menerusi hafalan dan latih tubi (pengulangan) bukan pemahaman.
Pemikiran kanak-kanak taska masih di peringkat praoperasi. Pada peringkat praoperasi kanak-kanak adalah sukar untuk memahami apabila diperkenalkan membaca dan matematik seperti yang dilakukan menerusi amalan traditional yang menekankan menerusi hafalan dan latih tubi (pengulangan) bukan pemahaman.
Saturday, November 27, 2010
Ciri Pemikiran Kanak-Kanak Taska
Terdapat perbezaan kognitif antara kanak-kanak berumur 2 tahun dan 5 tahun. Secara umum ciri perbezaan kognitif dapat dilihat:
2 tahun
Matlamat melampaui keinginannya; merasa kecewa jika percubaannya tidak mencapai matalamat yang diingini (contoh apabila cuba sesuatu peralatan mainan tidak berjaya akan mengecewakannya).
Tidak mempunyai pemikiran tentang urutan masa lalu, kini dan masa depan tetapi boleh menjangka urutan fizikal mengikut tindakannya sendiri
5 tahun
Menguasai sesuatu penyediaan bahan peralatan mudah.
Mula melihat urutan menerusi dirinya tentang masa lalu, kini dan masa depan tetapi sukar untuk menghubungkannya dengan orang lain.
2 tahun
Matlamat melampaui keinginannya; merasa kecewa jika percubaannya tidak mencapai matalamat yang diingini (contoh apabila cuba sesuatu peralatan mainan tidak berjaya akan mengecewakannya).
Tidak mempunyai pemikiran tentang urutan masa lalu, kini dan masa depan tetapi boleh menjangka urutan fizikal mengikut tindakannya sendiri
5 tahun
Menguasai sesuatu penyediaan bahan peralatan mudah.
Mula melihat urutan menerusi dirinya tentang masa lalu, kini dan masa depan tetapi sukar untuk menghubungkannya dengan orang lain.
Friday, November 26, 2010
Pemikiran Kanak-Kanak Taska: Pemusatan
Kanak-kanak taska lebih menumpukan kepada satu aspek pada sesuatu situasi dan melupakan perkara yang lain. Konsep pemikiran kanak-kanak taska terhad hanya memahami satu perkara yang dilihat. Kefahaman sebenar berasaskan kepada keseluruhan gambaran. Mereka keliru dengan gambaran sebenar. Contohnya kanak-kanak akan mengatakan besi yang seberat 1 kg lebih berat berbanding kapas yang sama beratnya.
Thursday, November 25, 2010
Perbezaan Pemikiran Kanak-Kanak Di Taska Dan Tadika
Pandangan ahli psikologi Piaget boleh dijadikan panduan untuk memahami cara pemikiran kanak-kanak di taska dan tadika. Piaget menyatakan bahawa kanak-kanak berfungsi pemikiran kognitifnya bermula dari usia dua tahun hingga tujuh tahun dikenali sebagai peringkat praoperasi. Pada peringkat praoperasi terbahagi kepada dua;
- 2-4 tahun apabila kanak-kanak mula menggunakan corak tindakan yang sama kepada sesuatu diluar dirinya
- 4-7 tahun apabila kongitif menjadi semakin canggih membolehkan kanak-kanak memahami sesuatu kemungkinan dan hubungkait sesuatu perkara.
Wednesday, November 24, 2010
Daya Pemikiran Kanak-Kanak
Kanak-kanak di taska berfikir tidak sama seperti kanak-kanak yang berada di sekolah rendah. Merujuk kepada pandangan Piaget bahawa pemikiran dan fungsi kognitif kanak-kanak berusia dua hingga tujuh tahun masih di tahap praoperasi. Maksudnya pada peringkat ini kanak-kanak masih belum berupaya untuk menyatakan hubungan logikal yang sebenar dalam pemikirannya. Kanak-kanak pada peringkat ini hanya menyatakan sebab dari suatu perkara kepada suatu perkara bukan memahami sesuatu kes mempunyai perkaitan dengan keseluruhan set yang memungkinkan sesuatu kes itu.
Tuesday, November 23, 2010
Penyeliaan Kanak-Kanak Di Taska
Penyeliaan kanak-kanak di taska hendaklah mengikut nisbah yang sesuai. Mengikut piawaian (standard) National Association for Education of Young Children (NAEYC) nisbah dewasa dan kanak-kanak adalah seperti berikut:
Bayi (lahir - 12 bulan)
6 orang bayi nisbahnya 1 dewasa: 3 orang bayi
8 orang bayi nisbahnya 1 orang dewasa: 4 orang bayi
Tatih (12-24 bulan)
6 orang tatih nisbahnya 1 orang dewasa: 3 orang tatih
8 orang tatih nisbahnya 1 orang dewasa: 4 orang tatih
10 orang tatih nisbahnya 1 orang dewasa 5 orang tatih
12 orang tatih nisbahnya 1 orang dewasa 4 orang tatih
2 (24-30 bulan)
8 orang kanak-kanak nisbahnya 1 orang dewasa 4 orang kanak-kanak
10 orang kanak-kanak nisbahnya 1 orang dewasa 5 orang kanak-kanak
12 orang kanak-kanak nisbahnya 1 orang dewasa 6 orang kanak-kanak
2 1/2 (30-36 bulan)
10 orang kanak-kanak nisbahnya 1 orang dewasa 5 orang kanak-kanak
12 orang kanak-kanak nisbahnya 1 orang dewasa 6 orang kanak-kanak
14 orang kanak-kanak nisbahnya 1 orang dewasa 7 orang kanak-kanak
3 tahun
14 orang kanak-kanak nisbahnya 1 orang dewasa 7 orang kanak-kanak
16 orang kanak-kanak nisbahnya 1 orang dewasa 8 orang kanak-kanak
18 orang kanak-kanak nisbahnya 1 orang dewasa 9 orang kanak-kanak
20 orang kanak-kanak nisbahnya 1 orang dewasa 10 orang kanak-kanak
4 tahun
16 orang kanak-kanak nisbahnya 1 orang dewasa 8 orang kanak-kanak
18 orang kanak-kanak nisbahnya 1 orang dewasa 9 orang kanak-kanak
20 orang kanak-kanak nisbahnya 1 orang dewasa 10 orang kanak-kanak
Bayi (lahir - 12 bulan)
6 orang bayi nisbahnya 1 dewasa: 3 orang bayi
8 orang bayi nisbahnya 1 orang dewasa: 4 orang bayi
Tatih (12-24 bulan)
6 orang tatih nisbahnya 1 orang dewasa: 3 orang tatih
8 orang tatih nisbahnya 1 orang dewasa: 4 orang tatih
10 orang tatih nisbahnya 1 orang dewasa 5 orang tatih
12 orang tatih nisbahnya 1 orang dewasa 4 orang tatih
2 (24-30 bulan)
8 orang kanak-kanak nisbahnya 1 orang dewasa 4 orang kanak-kanak
10 orang kanak-kanak nisbahnya 1 orang dewasa 5 orang kanak-kanak
12 orang kanak-kanak nisbahnya 1 orang dewasa 6 orang kanak-kanak
2 1/2 (30-36 bulan)
10 orang kanak-kanak nisbahnya 1 orang dewasa 5 orang kanak-kanak
12 orang kanak-kanak nisbahnya 1 orang dewasa 6 orang kanak-kanak
14 orang kanak-kanak nisbahnya 1 orang dewasa 7 orang kanak-kanak
3 tahun
14 orang kanak-kanak nisbahnya 1 orang dewasa 7 orang kanak-kanak
16 orang kanak-kanak nisbahnya 1 orang dewasa 8 orang kanak-kanak
18 orang kanak-kanak nisbahnya 1 orang dewasa 9 orang kanak-kanak
20 orang kanak-kanak nisbahnya 1 orang dewasa 10 orang kanak-kanak
4 tahun
16 orang kanak-kanak nisbahnya 1 orang dewasa 8 orang kanak-kanak
18 orang kanak-kanak nisbahnya 1 orang dewasa 9 orang kanak-kanak
20 orang kanak-kanak nisbahnya 1 orang dewasa 10 orang kanak-kanak
Monday, November 22, 2010
Keselamatan Kanak-Kanak Di Taman Permainan
Peranan guru dan pengasuh kanak-kanak menyelia sewaktu kanak-kanak bermain adalah menjadi keutamaan semasa aktiviti luar dijalankan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian:
- nisbah orang dewasa dan kanak-kanak
- peralatan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan
- kawasan yang dianggap mudah membahayakan perlu diberi perhatian
Sunday, November 21, 2010
Keselamatan Permainan Kanak-Kanak: Jambatan
Kanak-kanak suka bermain di jambatan sama ada di taman permainan awam atau di institusi taska/tadika. Membina jambatan mainan kanak-kanak di taska atau tadika perlu spesifikasi keselamatan yang sesuai untuk setiap peringkat umur kanak-kanak. Berikut dicadangkan spesifikasi jambatan yang mempunyai ciri keselamatan untuk kanak-kanak:
- jambatan mempunyai 72 inci (1800mm) zon tanpa gangguan.
- pelantar mainan untuk kanak-kanak 2-5 tahun adalah lebih dari 20 inci (510mm) di tutup dengan kawalan penghadang ketinggian maksimum 23 inci (580mm) di bahagian bawah (penghujung) dan 29 inci (740mm) tinggi di bahagian atas.
- pelantar mainan untuk kanak-kanak 5-12 tahun adalah lebih dari 30 inci (710mm) tinggi ditutup dengan kawalan penghadang 28 inci (710mm)di bahagian bawah penghujung dan 38 inci (970mm) tinggi di bahagian atas.
Saturday, November 20, 2010
Keselamatan Permainan Kanak-Kanak: Kayu Pengimbang
Kayu pengimbang (balance beam) selalunya dijadikan mainan kanak-kanak untuk meniti batang kayu sambil mengimbang badan. Jika ingin meletakkan peralatan kayu pengimbang ciri keselamatan berikut perlu diberi perhatian:
- kayu pengimbang perlu zone tanpa gangguan 75 inci (1800 mm) keluasannya
- kayu pengimbang untuk kanak-kanak 2-5 tahun ketinggiannya 12 inci (300mm)
- kayu pengimbang untuk kanak-kanak 5-12 tahun ketinggiannya 16 inci (410mm)
Friday, November 19, 2010
Keselamatan Permainan Kanak-Kanak: Gelongsor
Gelongsor merupakan salah satu alat permain yang menjadi kegemaran kanak-kanak bermain. Bagaimanakah spesifikasi keselamatan gelongsor yang selamat digunakan oleh kanak-kanak? Antara yang dicadangkan adalah seperti berikut:
- kecerunan (slope) tidak lebih dari 30 darjah
- ketinggian minimum 2.5 kaki, aras selamat setinggi 7.5 kaki
- dek lantai 10 inci lebar
- bahagian keluar 16 inci panjang selari pada tanah dan keinggiannya 8 inici - 12 inci serta 24 inci bahan lembut di bawahnya seperti tanah atau pasir.
Thursday, November 18, 2010
Keselamatan Permainan Kanak-Kanak: Buaian
Adakah anak anda atau kanak-kanak di taska atau tadika selamat menggunakan buaian? Sejauhmana ciri-ciri keselamatan buaian diambil berat oleh pengusaha taska, tadika dan pengeluar produk? Persoalan ini perlu ditangani oleh mereka yang terlibat. Berikut adalah cadangan untuk keselamatan buaian:
- jarak antara buaian antara 24 inici.
- jarak antara buaian dengan tiang 36 inci.
- jarak lebih luas jika menggunakan buaian tayar.
- buaian mempunyai tempat duduk yang padan dan sesuai dengan beratnya.
- buaian bayi mempunyai tali pinggang keselamatan dan tempat duduk yang dikhaskan
- buaian jenis haiwan tidak dibenarkan
- penyangkok S perlu ditutup.
- ketingggian dari tanah 8 inci ke 10 inci.
Wednesday, November 17, 2010
Peralatan Dan Bahan Permainan Kawasan Luar
Peralatan dan bahan permainan kawasan luar kanak-kanak di taska hendaklah dipilih mengikut kesesuaian kanak-kanak. Berikut adalah cadangan senarai peralatan dan bahan yang boleh digunakan sewaktu merancang permainan kawasan luar di taska:
- peralatan seni lukis
- mainan yang sesuai untuk permainan kawasan terbuka seperti bola dan gelung rotan/plastik
- bahan binaan seperti bongkah
- props dramatika
- bahan semulajadi seperti haiwan, sangkar/kandang haiwan, benih dan peralatan, alatan bercucuk tanam
- mainan pasir/air
- mainan beroda
Tuesday, November 16, 2010
Zon Permainan Luar Kanak-Kanak Taska
Zon permainan luar adalah kawasan atau ruang aktiviti yang disediakan untuk kanak-kanak taska bermain dan mendapatkan pengalaman. Jumlah zon permainan bergantung kepada keluasan kawasan. Berikut adalah beberapa cadangan zon permainan yang boleh digunakan untuk aktiviti kanak-kanak:
- main pasir
- main air
- main dramatika
- memanjat
- menolak/menarik atau menunggang
- membina
- larian terbuka
- bercucuk tanam
- rehat/ketenangan
Monday, November 15, 2010
Jenis Permainan Kanak-Kanak Taska
Kawasan permainan luar hendaklah menyediakan pengalaman kepada kanak-kanak semasa bermain. J.Johnson, Christie & Yawkey (1987) memberikan empat jenis permainan pengalaman:
- permainan berfungsi atau pergerakan yang melibatkan latihan atau pengulangan aktiviti motor kasar.
- permainan konstruktif yang melibatkan penggunaan bahan seperti warna atau pasir untuk direkacipta.
- permainan dramatik atau permainan olok-olok yang selalunya dilakukan di tempat tertutup.
- permainan berkumpulan atau permainan yang melibatkan lebih daripada seorang kanak-kanak.
Sunday, November 14, 2010
Kawasan Permainan Luar Kanak-Kanak Taska
Kanak-kanak taska yang berusia antara 3 hingga 4 tahun adalah berbeza dari kanak-kanak tatih. Kawasan permainan luar hendaklah memenuhi keperluan kemahiran perkembangan motor, peningkatan kemahiran kognitif dan memupuk perkembangan interaksi dengan rakan sebaya. Kanak-kanak taska masih memerlukan struktur yang menggabungkan deria, penerokaan, aktiviti pergerakan yang lebih mencabar daripada kanak-kanak tatih.
Saturday, November 13, 2010
Kawasan Permainan Luar Kanak-Kanak Tatih Di Taska
Kanak-kanak tatih memerlukan kawasan yang berpagar mempunyai permukaan untuk menggalakkan memaut, memegang, dan menendang. Kanak-kanak tatih seronok menggunakan buaian khusus untuk peringkat tatih. Kawasan permainan untuk kanak-kanak tatih hendaklah yang boleh mendorong deria (sense) lihat kanak-kanak seperti membayangkan atau menggambarkan (visual) dan deria pendengaran. Contoh deria penglihatan adalah mengadakan arus laluan berwarna, cermin dan prisma. Contoh deria pendengaran pula seperti loceng angin yang digantung dan kesan bunyi-bunyian semulajadi (deruan angin dari pokok, nyanyian burung). Laluan berjalan juga sesuai diadakan untuk kanak-kanak tatih.
Friday, November 12, 2010
Kemalangan Di Taska
Kemalangan bayi di taska masih lagi berlaku hingga kini. Apakah langkah untuk mengelakkan kemalangan yang meragut nyawa bayi di taska? Jika keadaan ini berterusan ibu bapa tidak akan merasa tenang dan sentiasa merasa bimbang akan keselamatan anak-anak mereka di taska.
Kepada pembaca diharap dapat memberi pandangan dan cadangan cara untuk mengatasi masalah kemalangan bayi di taska. Pandangan dan cadangan anda amat saya hargai.
Thursday, November 11, 2010
Kawasan Luar Untuk Bayi Dan Tatih
Bayi dan tatih memerlukan udara segar dan cahaya matahari. Mereka suka untuk meneroka di persekitaran luar. Bagaimanakah reka bentuk kawasan luar untuk bayi dan tatih? Kawasan untuk bayi dan tatih hendaklah diukur dengan saiz keselamatan kanak-kanak kecil, keselesaan dan kaya dengan aktiviti penerokaan. Terdapat tiga kriteria penting merancang kawasan luar untuk bayi dan tatih:
- mengikut ukuran saiz kanak-kanak yang selamat, selesa dan kaya dengan penerokaan.
- mesti selamat untuk pelbagai aktiviti
- memenuhi keperluan penerokaan deria motor kanak-kanak kecil.
Wednesday, November 10, 2010
Meningkatkan Kualiti Pengasuhan Di Taska
Kanak-kanak perlu pengasuhan, pemupukan dan tindakbalas persekitarannya. Kanak-kanak memerlukan rasa selamat, dihargai, keperluan fizikal dipenuhi, psikologiakalnya selamat apabila berada bersama dalam sesuatu komuniti. Keadaan ini akan membentuk rasa selamat, mengetahui mereka dijaga dan diasuh. Kanak-kanak yang merasakan dirinya selamat, didorong dan dijaga akan berusaha untuk meneroka, mencuba dan menguasai persekitarannya.
Ciri-ciri taska yang mempunyai komuniti berkualiti:
Ciri-ciri taska yang mempunyai komuniti berkualiti:
- rutin harian dan perancangan yang anjal (flexible) dan mudah disesuaikan dengan keperluan dan minat kanak-kanak secara perseorangan atau kumpulan.
- pengasuh atau profesional mendengar dan bertindakbalas kepada keperluan kanak-kanak, penemuan, minat dan memberi dorongan apabila kanak-kanak merasa hampa.
- pengasuh atau profesional membuat pemerhatian secara sistematik kepada setiap kanak-kanak untuk melihat kemahiran dan pendekatan pembelajaran dan penerokaan, gaya interaksinya.
Tuesday, November 9, 2010
Pengesan Kebakaran Di Taska
Langkah mengawal kebakaran di taska adalah dengan meletakkan alat pengesan asap (smoke detectors). Alat pengesan ini akan memberi amaran untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran di bangunan. Minta nasihat pegawai bomba untuk meletakkan di tempat yang sesuai. Jika pengasuhan di rumah, alat pengesan asap kebakaran hendaklah diletakkan pada seling di luar tempat tidur. Anda juga perlu minta nasihat daripada pegawai bomba kesesuaian meletakkan pengesan asap kebakaran.
Monday, November 8, 2010
Langkah Menggelakkan Kemalangan Mainan Kanak-Kanak
Sebelum menggunakan mainan kanak-kanak anda perlu memeriksa dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk keselamatan kanak-kanak di taska. Berikut langkah untuk memeriksa mainan kanak-kanak untuk mengelakkan bahaya:
- Hujung tajam, bergergaji di tepi dan permukaan yang kasar
- Terlalu kecil bentuknya dan mudah dicabut bahagiannya. Kanak-kanak akan memasukkan ke mulut tercekik di rongga, hidung atau telinga
- Mainan bertali untuk tidak melebihi 12 inci panjangnya
- Skrew, bolt dan pengunci yang longar
- Mainan yang terlalu kuat bunyinya akan merosakkan pendengaran
- Bahagian mainan yang boleh melantun(terbang dan membalik) dan membahayakan mata atau bahagian lain
Sunday, November 7, 2010
Mainan Kanak-Kanak Yang Membahayakan
Alat permainan kanak-kanak adalah untuk menyeronokkan dan sepatutnya dapat membantu pembelajaran. Walau bagaimana pun terdapat permainan kanak-kanak yang membahayakan contohnya kelemahan pada reka bentuknya, mainan yang tidak sesuai mengikut umur, mainan yang tidak betul cara penggunaannya. mainan yang terpecah atau patah.
Saturday, November 6, 2010
Tumbuhan Beracun
Berhati-hati dengan tumbuh-tumbuhan di sekitar taska. Jika terdapat tumbuhan yang membahayakan perlu dijauhkan daripada kanak-kanak.Ajar kanak-kanak tidak membenar memakan tumbuhan yang tidak diketahui. Jika kanak-kanak keracunan memakan tumbuhan segera hubungi Jabatan Kesihatan dan ikut arahan yang diberikan. Tumbuhan yang bergetah dan berduri perlu dijauhkan daripada kanak-kanak. Anda boleh merujuk Jabatan Pertanian untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang tumbuhan yang mengandungi racun dan membahayakan kanak-kanak.
Friday, November 5, 2010
Bahan Seni Lukis Yang Membahayakan
Tanpa disedari kanak-kanak di taska terdedah dengan bahan seni lukis yang membahayakan. Contohnya lahan tanah liat kering jenis serbuk (sebelum diadun menjadi tanah liat) yang mengandungi bahan silika atau 'asbestos'. Pastikan semasa membeli bahan tanah liat kandungnya tidak mengandungi bahan merbahaya. Lap permukaan tempat aktiviti menggunakan tanah liat dengan span basah sehingga bersih. Elakkan menggunakan warna pastel, kapur atau dry marker' yang menghasilkan debu atau habuk. Dicadangkan menggunakan kryon, pastel minyak dan warna air. Orang dewasa hendaklah mencampurkan warna terlebih dahulu sebelum kanak-kanak menggunakannya.
Thursday, November 4, 2010
Nombor Telefon Panggilan Kecemasan
Siapakah yang perlu dihubungi sekiranya berlaku kecemasan kepada kanak-kanak di taska? Nombor telefon panggilan kecemasan untuk menghubungi sentiasa di lekatkan berhampiran telefon:
- Penggilan kecemasan hospital atau klinik
- Pejabat Bomba
- Pejabat Polis
- Pejabat Kesihatan
- Nombor telefon ibu bapa atau penjaga yang boleh dihubungi semasa waktu bekerja ketika kanak-kanak di bawah jagaan anda
- Panel doktor atau klinik kanak-kanak sekiranya ada
- Jiran terdekat kanak-kanak
Wednesday, November 3, 2010
Mengatasi Keracunan Di Taska
Apakah langkah yang perlu diambil jika sekiranya terdapat kanak-kanak keracunan di taska? Tindakan segera perlu dilakukan dengan memanggil pegawai perubatan ke taska anda. Sebenarnya kanak-kanak boleh mendapat keracunan menerusi banyak cara seperti ubatan, alat pembersihan (sabun, spray serangga) dan tumbuh-tumbuhan. Simpan semua bahan beracun di dalam stor yang berkunci dan tidak boleh didekati oleh kanak-kanak. Jika anda fikir kanak-kanak telah keracunan terus memanggil pegawai perubatan dengan segera. Ikut arahan mereka.
Tuesday, November 2, 2010
Peralatan Membahayakan Perlu Disimpan
Dilarang mendedahkan peralatan tajam seperti pisau, parang, pisau cukur, garpu tajam, dan peralatan dapur yang membahayakan perlu disimpan atau diletakkan tempat yang tidak dapat diambil oleh kanak-kanak peringkat bayi dan tatih di taska. Pengasuh perlu mengawasi pergerakan bayi dan tatih daripada memasuki tempat menyimpan peralatan yang membahayakan. Kealpaan mengawasi kanak-kanak ini akan mengundang bahaya.
Pastikan peralatan permainan di taman seperti cangkul, penyeduk dan pengorek tanah tidak diperbuat daripada besi. Peralatan yang hendak digunakan hendaklah diperbuat daripada plastik untuk kanak-kanak bermain pasir di taman permainan. Sentiasa mengawasi kanak-kanak semasa bermain pasir.
Pastikan peralatan permainan di taman seperti cangkul, penyeduk dan pengorek tanah tidak diperbuat daripada besi. Peralatan yang hendak digunakan hendaklah diperbuat daripada plastik untuk kanak-kanak bermain pasir di taman permainan. Sentiasa mengawasi kanak-kanak semasa bermain pasir.
Monday, November 1, 2010
Menyimpan Objek Berbahaya
Langkah awal untuk keselamatan kanak-kanak di taska dinasihatkan semua objek yang dianggap berbahaya seperti beg plastik, tali dan objek kecil hendaklah disimpan. Kanak-kanak taska mudah tercekik pada objek yang kecil apabila memasukkannya ke dalam mulut. Makanan yang kecil seperti kacang, sayuran belum dimasak, gula-gula, popcorn dan buah anggur boleh menyebabkan tercekik. Alat mainan yang boleh dicabut-cabut peralatannya menjadi bahagian kecil hendaklah disimpan. Belon dan tali langsir yang tergantung atau tali bidai juga boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak kecil.
Subscribe to:
Posts (Atom)