Kanak-kanak gemar menonton persembahan boneka sama ada secara pementasan formal mahu pun secara bersahaja sewaktu di taska dan tadika. Kanak-kanak menggunakan boneka sebagai rakan imajinasi. Persembahan boneka tidak perlu menggunakan banyak watak. Watak-watak yang keluar di pentas memadai dua atau tiga watak sahaja. Setiap watak perlu menggerakkan ketika berdialog dan mengikut giliran tujuannya tidak mengelirukan penonton kanak-kanak.
Tuesday, May 6, 2014
Monday, April 28, 2014
Kanak-Kanak dan Pendidikan
Pada masa ini kerjaya dalam pendidikan awal kanak-kanak semakin diberi perhatian. Walau bagaimana pun program latihan kepada pendidik awal kanak-kanak masih di tahap yang belum mencapai ke tahap piawaian pendidikan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Masalah pengajar yang berkelayakan di sesebuah institusi merupakan perkara yang perlu diberi perhatian. Pihak institusi berlumba-lumba menawarkan program berkenaan tetapi tidak dapat menyediakan tenaga pengajar yang benar-benar arif dalam bidang. Apabila pihak MQA iaitu badan penilai akreditasi membuat lawatan, alasan yang biasa dikemukakan kerana kesukaran mendapat tenaga pengajar. Sekiranya tidak bersedia lebih baik jangan menawarkan program tersebut kerana kesannya akan melahirkan guru yang tidak berilmu dan salah didikan. Keadaan ini memberi kesan pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak di taska dan tadika.
Thursday, April 10, 2014
Monday, April 7, 2014
Sunday, April 6, 2014
Matlamat Pendekatan Projek
Matlamat pendekatan projek untuk memupuk minda yang hidup pada kanak-kanak. Minda termasuklah pengetahuan dan kemahiran tetapi juga emosi, moral dan kepekaan estetika. Pendidikan yang bersesuaian untuk kanak-kanak perlu ditumpukan kepada skop yang lebih luas terhadap pertumbuhan minda yang seiring dengan pengalaman. Pendekatan ini menggalakkan penyoalan, penyelesaian masalah, meningkatkan kesedaran terhadap fenomena yang signifikan di sekeliling kanak-kanak. Pada usia 4-8 tahun kebanyakkan kanak-kanak teruja bertindakbalas dengan cadangan orang dewasa, mereka berkerjasama dalam kumpulan dan mencuba kemahiran baru dengan penuh semangat. Kerja projek memberikan peluang kesemua untuk kanak-kanak melakukannya.
Saturday, April 5, 2014
Kandungan atau Topik Projek
Kandungan atau topik projek biasanya diberi berdasarkan dunia persekitaran yang difahami oleh kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak di sekolah luar bandar memberi tumpuan kepada haiwan dan penanaman pertanian di sekitaran kawasan berdekatan. Kanak-kanak di persekitaran kampung nelayan boleh membincangkan projek tentang bot nelayan, penangkapan ikan dan ikan. Kanak-kanak di bandar boleh membincangkan projek jenis bangunan, pembinaan, perkilangan, bentuk trafik, kenderaan dan pekerja yang terlibat.
Friday, April 4, 2014
Apakah Pendekatan Projek
Istilah pendekatan projek digunakan atas beberapa sebab tertentu. Pertama, ia merupakan pancaran pandangan bahawa projek boleh selaraskan ke dalam pendidikan awal kanak-kanak mengikut pelbagai cara bergantung kepada keutamaan, kesungguhan dan keperluan guru dan sekolah. Pada kes tertentu kerja projek mengambil sejumlah kurikulum. Manakala kes lain, projek mengambil masa dua waktu petang. Sesetengah guru menyepadukan ke dalam sudut pembelajaran.
Kedua kerja projek sebagai pendekatan pengajaran awal kanak-kanak. Pendekatannya memberi penekanan peranan guru dalam memberi galakkan kepada kanak-kanak untuk berinteraksi dengan orang, objek dan persekitaran sebagai cara untuk memberi makna kepada kanak-kanak. Pendekatan ini juga memberi penekanan penglibatan kanak-kanak yang aktif.
Subscribe to:
Posts (Atom)


