Thursday, May 16, 2013

SELAMAT HARI GURU UNITAR INTERNATIONAL UNIVERSITY

Hari ini sempena menyambut Hari Guru pelajar-pelajar-pelajar tahun akhir Bachelor Early Childhood Education Faculty of Early Childhood Studies UNITAR International University meraikan tenaga pengajar dengan sambutan yang sederhana tetapi penuh bermakna dan keikhlasan menghargai jasa guru.

Nilai Peralatan Bentuk Bebas Dalam Kreativiti

Peralatan ekspresi atau luahan merupakan peralatan yang paling bernilai kerana tidak mempunyai perbezaan kerana tidak menekankan sesuatu yang ditetapkan betul oleh seseorang atau menekankan satu cara sahaja yang betul apabila menggunakannya. Ini bermakna kanak-kanak apabila menggunakannya tidak akan menemui bukti kegagalan. Selagi kanak-kanak boleh memberi permerhatian peraturan asas seperti meratakan pasir atau melihat tanah liat di atas meja atau di atas lantai, maka tidak akan berlaku kesilapan apabila kanak-kanak menggunakannya.

Wednesday, May 15, 2013

Peralatan Yang Memupuk Kreativiti

Di tadika atau di taska dicadangkan menggunakan bahan atau peralatan ekspresi kendiri seperti warna, kolaj, tanah liat (dough), alat jahitan dan pergerakan kreatif. Walau pun peralatan itu berbeza, terdapat prinsip asas boleh digunapakai untuk semua aktiviti kreativiti. Contohnya kanak-kanak melukis dan mewarna secara bebas mengikut luahan rasa dirinya secara bebas. Guru tidak perlu mengarah kanak-kanak mewarna lukisan mengikut sesuatu tajuk yang ditetapkan atau mewarna garisan gambar yang disediakan. Hal ini tidak membantu untuk menggalakkan kreativiti kanak-kanak.

Tuesday, May 14, 2013

SELAMAT HARI GURU


Saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada warga pendidik yang dikasihi. Tanpa pendidik siapalah kita. Mereka berjasa membimbing dan mendidik sehingga berjaya. Terima kasih cikgu!

Persekitaran Yang Sihat Menggalakkan Kreativiti

Persekitaran di tadika dan taska memainkan peranan dalam membantu kanak-kanak untuk meransang kreativiti. Oleh itu itu jadikan taska dan tadika sebagai persekitaran yang memberi suasana yang bersesuaian, berterusan dan selamat supaya kanak-kanak akan merasakan emosi yang selesa. Suasana yang tenteram dan boleh dijangkakan adalah mempunyai banyak sebab untuk melahirkan kreativiti. Kanak-kanak yang merasa dirinya selamat akan lebih banyak meneroka pengalaman baru, meluahkan perasaan diri sebagai cara untuk berkreatif.

Monday, May 13, 2013

Menyemai Tiga Kemahiran Mengajar

Guru perlu menyemai tiga kemahiran mengajar pada dirinya. Apabila memupuk kreativiti perlu penggunaan peralatan yang ekspresif. Guru hendaklah memberi kebebasan penggunaan peralatan untuk kanak-kanak menerokanya. Apabila membimbing semasa permainan, guru mesti berupaya bergerak seiring dengan imaginasi kanak-kanak. Guru memberi pengukuhan terhadap idea yang dihasilkan oleh kanak-kanak dengan memberi penghargaan dan guru hendaklah belajar bertanya soalan yang mendorong perkembangan pemikiran kanak-kanak.

Sunday, May 12, 2013

Selamat Menyambut Hari Ibu

Hari Ibu merupakan penghargaan kepada ibu yang banyak berjasa membina keluarga. Ibu merupakan pendidik awal yang membentuk keperibadian anak-anak. Tanggungjawab ibu amat besar dan tidak ternilai. Sempena Hari Ibu bersama-sama kita meraikan bersama keluarga di rumah dan kepada ibu-ibu saya mengambil kesempatan mengucapkan "Selamat Hari Ibu."