Memahami tingkahlaku kreatif kanak-kanak adalah penting kepada pengasuh taska dan pendidik di tadika. Kanak-kanak kreatif biasanya menunjukkan tingkahlaku luar biasa daripada kanak-kanak lain. Guru tidak seharusnya meminggirkan tingkahlaku kreatif yang sering dianggap melakukan perlakuan negatif. Guru sepatutnya dengan pemikiran terbuka menerima dengan memahami secara positif terhadap tingkahlaku kreatif kanak-kanak. Sikap terbuka dan menerimaan ini adalah penting untuk memupuk dan mengalakkan kanak-kanak mengembangkan keupayaannya lebih jauh lagi. Keterbukaan dan penerimaan guru dapat membantu mengimbangi penyingkiran dan pemingiran terhadap mereka yang berani untuk menjadi kelainan daripada orang lain.
Sunday, May 12, 2013
Saturday, May 11, 2013
Program Balai Raya Dan Kreativiti Pelajar Pengajian Awal Kanak-Kanak
Ada orang bertanya kepada saya mengapa memilih nama 'Balai Raya'? Balai Raya adalah tempat berkumpul dan memeriahkan suasana. Ternyata pelajar-pelajar dari Faculty of Early Childhood Studies bersama Early Childhood Studies Club telah menganjurkan program Balai Raya dengan jayanya pada 7 dan 8 Mei 2013. Pelajar-pelajar dilatih untuk menguruskan program dengan aktiviti amal dan keusahawanan. Menerusi program Balai Raya juga pihak fakulti mengadakan program kerjaya untuk pelajar-pelajar. Tahniah kepada pelajar-pelajar Faculty Early Childhood Studies (FECS) dan Early Childhood Studies Club (ECS Club) telah berjaya menganjurkan program yang memberi manfaat kepada semua warga UNITAR International University dan juga kepada orang ramai yang mengunjungi program Balai Raya.
Di Sebalik Tingkahlaku Tidak Menarik Tersirat Personaliti Kreatif
Tingkahlaku yang kualitinya tidak menarik termasuk kedegilan, mencari kesalahan sesuatu benda, memperlihatkan kepuasan pada diri sendiri, selalu berlawan arus sememangnya tidak digemari oleh guru. Walau bagaimana pun di sebalik kedegilan boleh dilihat sebagai kualiti yang baik untuk ditunjukkan semasa menghadapi idea baru atau mencari kelemahan dan sebab akibat boleh membawa kepada hasil dalam penyoalan dan menganalisa situasi sebelum membuat cadangan penambahbaikan. Oleh itu untuk berlaku adil kita mesti mengakui bahawa sebenarnya kita tidak mengetahui sikap kurang menarik tersirat asas kreativiti atau ada dinkalangan kanak-kanak yang terlepas pandang oleh guru, rakan sebaya dan keluarga seiring dengan kematangan kanak-kanak. Sebenarnya kanak-kanak kreatif memperlihatkan kualiti watak yang disenangi seperti kesungguhan, rasa ingin tahu, inisiatif, sanggup menerima risiko, menyenangi idea yang komplek dan ada unsur humor.
Friday, May 10, 2013
Berwaspada Dengan Tingkahlaku Ciri Personaliti
Tingkahlaku yang guru ingini dikenalpasti pada kanak-kanak selalunya bertindih dengan sifat yang dikaitkan dengan personaliti kreatif. Sebagai contoh, guru yang berfikir bahawa dia menilai sesuatu yang tidak unik akan menemuinya apabila kanak-kanak kecil menumpahkan susu di dalam cawan sebab kanak-kanak tersebut mencuba cara yang asli memegang cawan dengan menggunakan gigi mengigit cawan. Hal ini tidak digemari oleh guru sebagai penerokaan kreatif. Tingkahlaku kanak-kanak yang kreatif selalunya tidak diterima tetapi juga tidak disedari bahawa individu yang kreatis menunjukkan ciri perlakuan yang tidak dipedulikan oleh guru.
Thursday, May 9, 2013
Balai Raya Fiesta
Faculty of Early Childhood Studies (FECS) UNITAR International University telah menganjurkan program Balai Raya yang ke 2 dengan kerjasama Early Childhood Studies Club (ECS Club). Semua ahli ECS Club telah mengembeling tenaga untuk menjayakan program Balai Raya. Program dimeriahkan dengan pelbagai acara kanak-kanak dan jualan amal. Persembahan pelajar-pelajar FECS untuk kanak-kanak tadika dan sesi taklimat kerjaya oleh Mayor KidZania Pn Susanah begitu menarik sekali. Bidang kerjaya untuk pelajar-pelajar tidak lagi terhad kepada profesion sebagai guru taska dan tadika malahan kini lebih luas lagi ke arah industri taman tema kanak-kanak seperti KidZania, Legoland, Hello Kitty dan The Big Club. Bidang kerjaya ini masih baru dengan tawaran gaji yang lumayan jika dibandingkan sebagai guru di taska dan tadika. Pelajar-pelajar dari FECS kini mempunyai pilihan kerjaya yang lebih meluas lagi.
Kelainan pelajar FECS UNITAR International University mereka telah disediakan laluan kerjaya. Apabila tamat pengajian, pekerjaan sudah menunggu! Ini yang membezakan graduan UNITAR International University. Malahan pelajar FECS digalakkan bekerja pada hujung minggu di KadZania sebagai pendedahan awal dengan alam pekerjaan.
Wednesday, May 8, 2013
Balai Raya Fiesta Faculty of Early Childhood Studies UNITAR International University
Faculty of Early Childhood Studies hari ini Rabu 8 Mei 2013 menganjurkan acara pesta Balai Raya untuk semua warga kampus pusat dan orang ramai ke UNITAR International University. Saya bagi pihak fakulti mengalu-alukan kehadiran anda semua untuk mengenali lebih dekat tentang program di fakluti dan kerjaya dalam bidang kanak-kanak. Semoga kehadiran anda dapat membuka minda tentang kerjaya dan masa depan dalam bidang ini.
Implikasi Perkembangan Kreativiti Kepada Guru Taska/Tadika (2)
Implikasi peringkat perkembangan kreativiti kanak-kanak kepada guru adalah untuk memberi pengetahuan kepada guru apabila menggunakan bahan dan peralatan untuk kanak-kanak tidak sepatutnya mengharapkan menghasilkan hasil yang lengkap. Kebanyakan kanak-kanak berusia 4 tahun ada yang berupaya melakukannya tetapi tidak semua dapat menghasilkan dengan lengkap. Mengharapkan kanak-kanak untuk mendapatkan hasil yang boleh dikenalpasti hasilnya adalah tidak munasabah matlamat kreatif untuk kanak-kanak di peringkat awal usianya.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)