Saturday, May 30, 2015

Delima Ibu Bekerjaya Penjagaan Anak



Selalunya ibu bapa yang berkerjaya menghadapi masalah untuk penjagaan kerana kesukaran untuk mendapat pembantu rumah. Kanak-kanak peringkat bayi dan tatih perlu penjagaan yang rapi mengikut tahap perkembangannya. Mendapatkan pembantu rumah mungkin ada yang merasa fobia dengan cerita-cerita negatif. Jalan penyelesaian ibu yang bekerjaya menghantar anak ke taska atau pusat pengasuhan kanak-kanak.

Keutamaan perlu diberi kepada taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Taska yang berdaftar lebih bertanggungjawab jika berlaku perkara yang tidak diingini. Pengusaha taska yang berdaftar secara tidak langsung tertakluk di bawah undang-undang Taman Asuhan Kanak-Kanak 1985 dan jika melakukan kesalahan atau kecuaian terhadap kanak-kanak di bawah jagaannya boleh didakwa di mahkamah. Taska yang tidak berdaftar sukar untuk didakwa.

Selain itu pastikan pengasuh yang menjaga mendapat latihan atau kursus pengasuhan kanak-kanak yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pengasuh yang bertauliah akan menjaga anak anda mengikut tahap perkembangan dan aktiviti yang sesuai dijalankan di taska.

Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat dari pihak taska tentang jadual aktiviti harian. Jadual aktiviti harian akan menunjukkan cara pengendalian dan pengurusan anak anda di taska. Akativiti yang dijalankan dapat membantu perkembangan kanak-kanak yang positif. Jadual harian itu seperti waktu makan, rehat, membersihkan diri dan aktiviti perkembangan motor kasar dan motor halus.

No comments:

Post a Comment