Hasil kajian mendapati bercampur-campur. Ada kajian melaporkan kebaikan dan ada
kajian mendapati tiada perbezaan pencapaian.Usia
kanak-kanak memasuki tadika tidak menjejaskan pencapaian akademik kanak-kanak (Narahara,
1998).Kanak-kanak berusia muda dan tua membuat peningkatan kemajuan memakan
masa setahun. Diakhir darjah satu
kanak-kanak yang tidak masuk ke tadika membuat kemajuan yang sama dengan
kanak-kanak muda usianya yang telah masuk tadika di tahun pertama layak usia
masuk tadika. (Morrison, Griffith, & Alberts, 1997).
Perbezaan pencapaian adalah disebabkan permulaan usia yang berbeza. Untuk memahami kajian ini, fikirkan pesawat terbang ke utara. Kedua-duanya terbang sama kelajuan. Bagaimananpun pesawat yang satu lagi berlepas dari Johor Bahru dan sebuah lagi berlepas dari Kuantan. Penerbangan pesawat sama jumlah kilometer dan jumlah masa yang sama. Pesawat dari Kuantan sentiasa ke depan kerana bermula awal.
Berdasarkan kajian lalu pada ‘survey’ 1995 di USA tiada perbezaan kanak-kanak yang tidak mendapat pendidikan di tadika dari segi pencapaiannya sewaktu di darjah satu dan dua.
Oleh kerana sistem pendidikan memerlukan kanak-kanak mendapat pendedahan awal ada baik dihantar ke tadika sebagai persediaan awal pembelajaran. Sistem ini juga memudahkan pihak pengurusan sekolah kerana kanak-kanak telah mendapat pendedahan awal asas akademik.
Di Malaysia undang-undang mewajibkan kanak-kanak berusia 6 tahun memasuki prasekolah atau tadika. Perkara ini telah diketahui umum dan pihak ibu bapa perlu menghantar kanak-kanak ini ke tadika sebagai persediaan sebelum ke pembelajaran secara formal. Ibu bapa bebas memilih tadika sama ada tadika di premis sekolah atau pun tadika anjuran badan kerajaan seperti KEMAS, JPNIN atau pun swasta.
No comments:
Post a Comment