Selalunya ibu bapa yang berkerjaya menghadapi
masalah untuk penjagaan kerana kesukaran untuk mendapat pembantu rumah.
Kanak-kanak peringkat bayi dan tatih perlu penjagaan yang rapi mengikut tahap perkembangannya. Mendapatkan pembantu rumah mungkin ada yang merasa fobia dengan cerita-cerita negatif. Jalan penyelesaian ibu yang bekerjaya menghantar anak ke taska atau pusat pengasuhan kanak-kanak.
Keutamaan perlu diberi kepada taska yang berdaftar
dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Taska yang berdaftar lebih
bertanggungjawab jika berlaku perkara yang tidak diingini. Pengusaha taska yang
berdaftar secara tidak langsung tertakluk di bawah undang-undang Taman Asuhan
Kanak-Kanak 1985 dan jika melakukan kesalahan atau kecuaian terhadap
kanak-kanak di bawah jagaannya boleh didakwa di mahkamah. Taska yang tidak
berdaftar sukar untuk didakwa.
Selain itu pastikan pengasuh yang menjaga
mendapat latihan atau kursus pengasuhan kanak-kanak yang dianjurkan oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pengasuh yang bertauliah akan menjaga anak anda
mengikut tahap perkembangan dan aktiviti yang sesuai dijalankan di taska.
Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat dari
pihak taska tentang jadual aktiviti harian. Jadual aktiviti harian akan
menunjukkan cara pengendalian dan pengurusan anak anda di taska. Akativiti yang
dijalankan dapat membantu perkembangan kanak-kanak yang positif. Jadual harian
itu seperti waktu makan, rehat, membersihkan diri dan aktiviti perkembangan
motor kasar dan motor halus.