Thursday, January 13, 2011

Pendaftaran TASKA

Setiap taska hendaklah mendaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan tempat tinggal. Pendaftar hendaklah mengisi borang mengikut kelayakan pemohon seperti berikut:
(a) taska di tempat kerja didaftarkan di bawah nama pengurus atau seseorang yang telah diberi kepercayaan oleh pengusaha taska tersebut.
(b) taska komuniti atau institusi didaftarkan di bawah nama pengusaha atau sesiapa yang telah diberi kepercayaan oleh pengusaha taska komuniti atau institusi tersebut.
(c) taska di rumah didaftarkan oleh pengusaha taska itu sendiri.

8 comments:

  1. Prof, ramai memahami bahawa pendaftaran satu lokasi taska sudah cukup untuk membenarkan mereka diklasifikasikan sebagai "taska berdaftar" dan jika ada cawangan dilokasi lain dengan nama taska yang sama, tidak perlu mendaftarkan cawangan tersebut. Sedangkan mengikut peraturannya, satu pendaftaran untuk satu lokasi taska. Ini berlainan dengan taska yang berstatus "francise". Pendaftaran di SSM(Suruhanjaya Syarikat Malaysia) & pendaftaran dengan pihak JKM adalah dua perkara yang berbeza.

    Sekadar berkongsi pengetahuan yang masih cetek dari saya. Sila perbetulkan jika saya tersilap. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih dengan pandangan tersebut. Saya akan usulkan perkara tersebut kepada pihak JKM untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya.

    ReplyDelete
  3. Prof... saya pun ingin menanyakan soalan yg sama.. kerana Dari apa yg saya faham..
    Jika TADIKA ingin membuat cawangan ia perlu melalui prosedur seperti mendapat kelulusan di SSM.. disamping.. Jabatan pendidikan, majlis perbandaran, bomba, kesihatan.

    Harap mendapat penjelasan dari Prof.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Betul. Anda perlu mendapat kelulusan premis menerusi agensi yang beraitna.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kembali kerana mengongsikan permasalahan untuk kebaikan semua.

    ReplyDelete
  6. Prof,
    Bgm sekiranya aktiviti taska, tadika, transit serta kelas alQuran dijalankan di premis yg sama? Bgm caranya nak daftar?

    ReplyDelete
  7. Masalah anda cuba merujuk kepada Jabatan Pelajaran yang terdekat untuk meminta khidmat nasihat masalah anda.

    ReplyDelete