Sunday, January 30, 2011

Kanak-kanak Yang Sakit Berjangkit Tidak Dibenarkan Ke TASKA

Pihak TASKA bila-bila masa tidak boleh menerima kanak-kanak yang disyaki dijangkiti penyakit berjangkit. Kanak-kanak ini boleh diterima masuk sehingga disahkan mendapat rawatan dan sijil pengesahan kesihatan oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan.

Ibu bapa dinasihatkan menjaga anaknya apabila didapati sakit atau dihidapi penyakit berjangkit. Sebaik-baiknya dapatkan rawatan daripada pegawai perubatan atau pengawal perubatan. Sekiranya anak itu tidak sihat, penyakit berjangkit akan menjangkiti kanak-kanak lain. Ini akan menimbulkan keadaan yang membahayakan kepada kanak-kanak.

9 comments:

  1. Prof, kadangkala penyakit berjangkit boleh membahayakan kepada kakitangan taska juga kerana mereka adalah antara yang berhubung rapat dengan kanak-kanak. Jadi, mereka juga perlu berhati-hati dalam soal ini.

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan pandangan anda. Terima kasih berkongsi pandangan.

    ReplyDelete
  3. Prof, jika saya ditanya, boleh atau tidak dihantar anak mereka ke taska. Jawapan saya; jika pegawai perubatan yang bertauliah/doktor membenarkan, saya tiada masalah. Mungkin perlu diasingkan sementara dari kanak-kanak yang lain.

    ReplyDelete
  4. Boleh tetapi perlu mematuhi prosedur memberi ubat dan meminta ibu bapa menanda tangani surat perakuan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini pihak anda tidak dipersalahkan. Pastikan bukan jenis penyakit berjangkit. Ibu bapa lain mungkin ada yang tidak bersetuju apabila melihat anak orang lain sakit berada di premis yang sama. Jika berlaku jangkitan penyakit mungkin anda dipersalahkan. Lebih baik anda mengambil langkah yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  5. Prof...
    Pada pendapat saya...
    Setelah mendapat rawatan dari doktor yg bertauliah,ibu @ bapa seharusnya mengambil cuti & bersama anak yg sakit di rumah. Ini penting untuk perkembangan emosi kanak2 tersebut...

    ReplyDelete
  6. Prof...
    Pada pendapat saya...
    Adalah lebih baik sekiranya ibi / bapa mengambil cuti setelah anak mendapat rawatan dari doktor yg bertauliah & duduk di rumah bersama anak yg sakit.
    Ini juga sangat baik untuk perkembangan emosi kanak-kanak.

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan pandangan anda. Terima kasih berkongsi pandangan dan pengalaman untuk direnungkan bersama pembaca.

    ReplyDelete