Mengikut akta dan peraturan taman asuhan kanak-kanak, seseorang yang mengusahakan perkhidmatan taska hendaklah mempunyai kelayakan berikut:
(a) rakyat Malaysia
(b) berumur lapan belas tahun ke atas
(c) lulus kursus asas asuhan kanak-kanak
Pengusaha taska komuniti yang mempunyai rakan kongsi:
(a) sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi mesti rakyat Malaysia
(b) semua rakan kongsi mestilah berumur lapan belas tahun ke atas
(c) sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi lulus kursus asas asuhan kanak-kanak
Salam...
ReplyDeletesaya begtu minat dan bercita-cita untuk Memiliki Pusat Penjagaan Kanak-Kanak..Saya juga sedia mengambil sijil asuhan kanak-kanak di JKM.
Boleh beri tahu langkah-langkah yang perlu saya ambil Dari mula hingga Akhir?
Baca semua tulisan blog dari bulan Januari 2011 hingga Februari 2011 semua akta dan peraturan langkah menubuhkan taska dinyatakan.
ReplyDelete