Friday, October 8, 2010

Pemikiran Matematik Kanak-Kanak Berusia Tiga dan Empat Tahun

Pada peringkat umur tiga hingga empat tahun kanak-kanak adalah di peringkat praoperasi. Kanak-kanak sudah boleh berfikir sesuatu yang dilambangkan dan boleh memikirkan sesuatu yang abstrak. Berdasarkan keupayaan ini, kanak-kanak sudah boleh berfikir tentang objek yang tidak benar di depannya. Di peringkat ini juga kanak-kanak mula membuat perkaitan antara keadaan masa kini dan pengalaman lalu. Kanak-kanak di tahap umur tiga dan empat tahun boleh memahami perkaitan yang lebih komplek lagi. Hal ini penting untuk percambahan konsep matematik kerana pada masa ini struktur mental memberi ruang kanak-kanak untuk memahami pembinaan kuantiti.

Kefahaman terhadap seriasi, pengkelasan dan urutan dilihat menerusi dimensi baru apabila kanak-kanak boleh memahami perkaitan yang lebih komplek. Peringkat umur tiga dan empat tahun boleh membuat perbandingan objek tidak terdapat di depannya atau peristiwa yang berlaku di masa lalu. Hal ini dapat membantu kanak-kanak membina gabungan urutan, seriasi dan pengkelasan untuk membina struktur mental abstrak yang akan membantu kuantifikasi dan matematik formal.

Kanak-akan mula membina perkaitan mental matematik untuk menghalusi idea tentang banyak kepada satu lagi atau dua lagi. Penelitian ini secara tidak langsung membolehkan kanak-kanak memahami tiga adalah lebih daripada dua dan dua lebih daripada satu. Ini adalah idea asas di sebalik kuantifikasi.

2 comments:

  1. prof, kenapa kanak2 pada peringkat ini apabila ditanya " mana yang jalan lambat , kura2 @ arnab?" mereka jwb : arnab
    kalau ditanya :" arnab atau kura-kura? "
    mereka akan jwb : kura2

    ReplyDelete
  2. Pertanyaan menggunakan ayat dianggap abstrak sukar digambarkan khususnya apabila adanya perbandingan. Mereka lebih mengingat perkataan terakhir. Apabila ditunjukkan sesuatu yang konkrit dengan menggunakan deria kanak-kanak akan memilih mengikut tanggapan logiknya.

    ReplyDelete