Wednesday, October 13, 2010

Kesediaan Keyakinan dan Kepercayaan

Bayi dan tatih membina asas kepercayaan apabila memperolehi penjagaan dan kasih sayang yang berterusan. Mereka merasa dirinya dipentingkan oleh ahli keluarga atau kumpulan. Mereka akan bergantung kepada orang dewasa untuk mendapatkan bantuan dalam situasi yang tidak menjadi kebiasaannya. Keinginan untuk berdikari dengan kepercayaan mendapat sokongan daripada orang dewasa kanak-kanak berasa berkeyakinan diri untuk meneroka, membuat penemuan dan memahami keadaan persekitarannya.

Peringkat tadika,kanak-kanak sudah boleh memahami bertolak ansur (memberi dan menerima) untuk situasi sosial. Mereka selesa dengan peraturan atau cara sesuatu itu dilakukan untuk keselamatan dirinya. Kanak-kanak di peringkat tadika juga bergantung orang dewasa menerangkan secara berterusan keinginan untuk mengetahui sesuatu perkara dengan cara yang betul.

4 comments:

  1. Dr, bagaimana dengan konsep perhatian? maksud saya, kanak-kanak yang inginkan perhatian sama ada secara keterlaluan atau secara biasa seperti situasi yang tidak menjadi kebiasaanya atau yang telah menjadi kebiasaannya.. Adakah konsep perhatian ini pun ada persamaan dengan konsep keyakinan dan kepercayaan?

    ReplyDelete
  2. Perhatian adalah untuk mendapatkan tumpuan daripada orang dewasa. Sekiranya tidak diberi perhatian kanak-kanak tidak akan melakukan tugasannya. Mereka cuba membuat sesuatu dengan sengaja untuk mendapat perhatian atau tumpuan dari orang dewasa.

    Keyakinan adalah lebih kepada keupayaan untuk berdikari. Kanak-kanak membuat sesuatu perkara dengan mencuba sendiri tanpa mengharapkan bantuan. Peranan orang dewasa memberi dorongan terhadap perkara yang dilakukannya.

    ReplyDelete
  3. Prof, bayi dan tatih juga bijak menilai seseorang yang telah memberi perhatian dan kasih sayang kepada mereka. Dari situ, terbina kepercayaan mereka kepada kita. Bayi dan tatih lebih bersedia dan berkeyakinan untuk meneroka persekitarannya kerana mereka tahu ada yang akan membantu bila diperlukan.

    Prof,sila perbetulkan jika saya tersilap.

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan pandangan anda. Terima kasih sumbangan pandangan yang diperolehi menerusi pengalaman sebagai seorang pendidik kanak-kanak di taska.

    ReplyDelete