
Peruntukan lain untuk kanak-kanak di bawah empat tahun juga mendapat bujet sendiri untuk meneruskan program yang bersesuaian dengan keperluan dan matlamatnya.
Selaras dengan perkembangan semasa pihak College for Open Learning Universiti Tun Abdul Razak menawarkan pengajian peringkat diploma dan sarjana muda dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Pengajian ini dijalankan pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad) berselang untuk memudahkan pendidik bekerja s
Pada hari ini Ahad 17 Oktober 2010 College for Open Learning Universiti Tun Abdul Razak mengadakan Hari Terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut pembelajaran secara sambilan (bukan sepenuh masa). Salah satu program yang di tawarkan adalah Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Bacelor Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Diharapkan menerusi program ini dapat membantu pendidik yang mengajar di tadika untuk melanjutkan pengajian supaya kelayakan akademik dapat disetarakan dengan guru-guru prasekolah di Kementerian Pelajaran Malaysia.
No comments:
Post a Comment