Sikap dan tingkahlaku kanak-kanak untuk kesediaan ke sekolah adalah berdikari, belas kasihan, kepercayaan, kreativiti, mengawal diri, kesabaran dan keriangan. Tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik ialah menyediakan persekitaran untuk kanak-kanak boleh membina tingkahlaku dan sikap tersebut. Ciri-ciri sikap dan tingkahlaku kanak-kanak untuk kesediaan ke sekolah ini berterusan sepanjang hayat.
BerdikariMelakukan sendiri apabila dimaklumkan, kecekapan membuat keputusan berasaskan pengalaman, maklumat dan pertimbangan keputusan. Bersedia mengambil risiko dan melihat lebih jauh "bagaimana kita harus melakukannya" untuk memperbaiki masyarakat dan keadaan diri sendiri.
Belas KasihanBelas kasihan membolehkan untuk mengenalpasti kemanusiaan dan kehormatan semua orang. Sikap ini akan memupuk dermawan, sukarelawan, bertimbangrasa dan saling menghormati.
KepercayaanKepercayaan membolehkan membantu keyakinan, perasaan selamat bersama rakan dan berpandangan positif dan terbuka. Percaya apabila mengetahui peraturan dan mahu mematuhi peraturan.
KreativitiKreativiti membolehkan berfikir menerusi cabaran mental dan menggunakan teknik rundingan untuk menyelesaikan masalah konflik sosial. Kreativiti melibatkan keanjalan (flexibility) dan keinginan untuk meneroka untuk penyelesaian dan mendapatkan keputusan baru.
Kawalan DiriMengawal diri merujuk kepada keupayaan untuk berfikir tentang sikap dan keputusan sama ada melakukannya atau tidak. Kawalan diri membolehkan untuk menjadikan kesabaran terhadap diri dan orang lain.
Kesabaran dan KejayaanBersabar didatangi halangan dan menyelesaikan masalah. Kualiti ini membantu untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
Ini adalah suatu pandangan sahaja. Mungkin pembaca mempunyai pandangan dan pendapat untuk dikongsikan bersama. Semua pandangan dan pendapat amat dialau-alukan untuk dikongsikan bersama saya dan pembaca semua.