Friday, May 28, 2010
Warna
Bagaimana anda memilih warna untuk menghiasi taska atau tadika? Mungkin panduan memilih warna yang sesuai untuk kanak-kanak dapat membantu keceriaan taska dan tadika anda. Warna boleh mendebarkan dan menenangkan jika warna itu dipilih mengikut impak psikologi. Warna merah cerah didapati boleh membangkitkan suasana kemeriahan. Warna ungu gelap dan hijau menenangkan dan mententeramkan. Warna kuning pula mengujudkan suasana santai dan merehatkan. Kuning juga merupakan warna pertama yang diterima oleh bayi dan tatih. Tidak ada sebarang sekatan menggunakan tiga warna asas (merah, biru dan kuning) sahaja. Warna etnik boleh menjadi warna kebanggaan dan menghubungkan susana di rumah. Pemilihan warna mengikut kesesuaian dan menghubungkan keceriaan kanak-kanak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Asslamu'alaikum
ReplyDeleteSaya amat gembira mendapat perkongsian ini.
Semoga curahan ini dapati memimpin para pengamal pendidikan kanak-kanak agar beramal dengan ilmu y sahih.
Tahniah dan terima kasih.
http://mizjana.blogspot.com
http://elitsuria.blogspot.com
Prof..
ReplyDeleteSaya pernah melihat kajian warna dalam TV beberapa thn lalu. Individu yg duduk beberapa minit dalam bilik warna pink kelihatan cepat penat berbanding individu yg sama didudukkan dlm bilik bewarna biru pd jangkamasa yg sama tetapi pd hari yg berlainan.
Apa komen Prof?
Kajian yang saya kemukakan disesuaikan untuk taska dan tadika.
ReplyDeleteassalamualaikum prof.,
ReplyDeletemengapa kuning merupakan warna pertama yang diterima oleh bayi dan tatih??
terima kasih
Seterang pandangan pertama bayi sebelum melihat warna lain.
ReplyDeleteprof, why the baby can see the yellow colour first? got any reason ?
ReplyDeleteBrightness of the surrounding.
ReplyDeleteSebenarnya warna kuning memang sgt sesuai dijadikan warna asas pada dinding taska atau tadika, selain warna kuning terang dan sekaligus menerangkan suasana, ia juga boleh digabungkan dengan semua color apabila kita menampal gambar, meletak bahan bantu mengajar dan sebagainya.
ReplyDeleteMinat sesuatu warna adalah bergantung kepada pengaruh budaya dan persekitaran. Pengalaman tinggal di negara empat musim suasana warna dipengaruhi alam empat musim. Di negara yang sentiasa panas minat warna redup tidak begitu digemari. Warna terang menjadi pilihan.Mungkin ada kebenarannya.
ReplyDeleteProf, saya pernah main game yang dalam gambar tu.
ReplyDeleteSaya telah menggantikan gambar lama dan memuatkan gambar terbaru berdasarkan ruang pembelajaran di taska tempatan. Semoga dapat dijadikan panduan dalam merancang ruang pembelajaran di taska.
ReplyDelete