Tuesday, May 25, 2010

Memperluaskan Kefahaman Industri Kanak-Kanak


Rata-rata kefahaman khalayak terhadap pendidikan awal kanak-kanak hanyalah berkisar untuk industri taska dan tadika. Kefahaman ini disempitkan lagi hanya untuk menjadi pengasuh, guru dan perkhidmatan kanak-kanak di taska dan tadika. Kefahaman yang sempit perlu diubah. Fikirkan bahawa lingkungan kanak-kanak di bawah usia 8 tahun merupakan suatu ruang industri yang luas. Industri yang melangkaui semua bidang bukan sahaja pendidikan tetapi juga hal-hal berkaitan dengan pemakanan, pakaian, alat mainan, seni persembahan, media cetak dan berbagai lagi. Terlalu luas untuk diteroka. Maka apabila orang bertanya kepada saya bidang kursus yang ditawarkan di Unirazak khususnya program sarjana muda pendidikan awal kanak-kanak, jawapannya adalah seperti di atas. Saya tidak mendidik pelajar untuk memikirkan ruang yang jumud. Dunia kanak-kanak terlalu luas untuk diteroka. Fikirkan di luar kotak pemikiran yang biasa. Kita perlu melihat secara lebih kreatif dan memikirkan secara inovatif akan keperluan kanak-kanak di bawah 8 tahun.

Budaya kita apabila menghantar anak mendapatkan tempat pengajian tidak melihat kurikulum program yang ditawarkan, siapa tenaga pengajar dan matlamat untuk mendapatkan ijazah. Kita terlalu percayakan sesebuah institusi sehingga tidak memikirkan matlamat mendapatkan ilmu itu sendiri. Kesannya akan melahirkan siswazah yang jumud kerana sebagaimana pantun Melayu;
Berburu ke padang datar;
Dapat rusa berbelang kaki.
Berguru kepalang ajar;
Bagai bunga kembang tak jadi.

6 comments:

  1. Kejahilan ilmu berkenaan Perkembangan & pendidikan awal kanak-kanak menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa..
    Justeru itu maka lahirlah kanak-kanak yg hanya matang di sudut perkembangan intelektual semata-mata, sedangkan perkembangan emosi, perkembangan sosialisasi, fizikal dan sebagainya terabai.
    Akibatnya lahirlah..
    Kanak-kanak robot.. @ burung kakak tua..
    hanya boleh menyatakan apa yg diajar. Alangkah cantiknya sekiranya cara yg betul dipraktikan. Maka akan lahirlah kanak-kanak yag boleh menyatakan semula apa yg dipelajari malah mampu menjelaskan mengapa sesuatu itu berlaku.@ penaakulan.

    ReplyDelete
  2. Mereka yang tidak memahami cuba menunjukkan kepandaian biar pun menyalahi prinsip keilmuan bidang. Ramai yang memandai dan masyarakat terpengaruh kerana mahukan keputusan segera. Mendidik kanak-kanak secara keseluruhan hasil yang diperlihatkan memerlukan jangka masa yang panjang.Masyarakat tidak sabar dan terpengaruh gimik yang dicanang.Itulah sebabnya berlaku perkara sedemikian.

    ReplyDelete
  3. Sememangnya ramai yang tidak faham dengan Pend Awal Kanak-kanak ini, sebab itu ramai dikalangan pentadbir sekolah mengarahkan guru2 prasekolah lebih fokus kepada akademik sahaja begitu juga dgn sesetengah ibubapa, ini kerana mereka tidak mahu ramai murid prasekolah yg akan memasuki kelas LINUS apabila berada di thn 1. Sebagai guru, saya ikut sahaja kehendak mereka ini. Apa pendapat Prof?

    ReplyDelete
  4. Masalah pentadbir pendidikan di sekolah rendah tidak semua yang memahami pendidikan awal kanak-kanak. Mereka berpandangan mengikut perspektif orang dewasa.Sepatutnya mereka perlu didedahkan dan bersedia menerima pandangan guru prasekolah sendiri.Mungkin juga kerana tekanan sistem persekolahan yang berorientasikan keputusan peperiksaan menyebabkan bersikap demikian.

    ReplyDelete
  5. Idea perniagaan saya datangnya dari taska. Di taska kita boleh lihat apa kehendak pasaran yang berkaitan dengan kanak-kanak. Saya pernah menghadiri satu majlis yang mana dlm majlis tersebut ada beberapa cadangan untuk mereka yang terlibat dlm taska untuk menambah pendapatan, tetapi saya terkilan idea tersebut tidak berapa sesuai dengan taska dan penyampaiannya tidak sampai kekotak fikiran saya dan seperti yang saya harapkan. Walau apa pun seperti yang saya nyatakan kepada Prof, saya punya idea yang Prof nyatakan di atas(idea perniagaan), bukan setakat menjadi Pengasuh/Pengusaha taska. Sebut "kanak-kanak", macam-macam ada...

    ReplyDelete
  6. Teruskan impian dan cita-cita anda. Seorang peneraju itu merupakan pencetus idea yang sukar difahami orang lain. Oleh itu teruskan tekad untuk mencapai apa yang diimpikan.

    ReplyDelete