Sunday, October 31, 2010

Memartabatkan Pengasuhan Kanak-Kanak

Bajet 2011 memperuntukkan RM121 juta memberi fokus kepada perkhidmatan kanak-kanak yang berkualiti. Bujet ini diberikan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di bawah program bantuan kanak-kanak dengan harapan 97,000 kanak-kanak akan dapat memanfaatkannya. Secara tidak langsung bujet ini menumpukan kepada perkhidmatan di taska iaitu kanak-kanak di bawah umur 4 tahun. Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mengelolakan program perkhidmatan kanak-kanak sewajarnya dipertanggungjawabkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memikirkan peningkatan kualiti perkhidmatan pendidikan kanak-kanak di taska.

Memberi perkhidmatan berkualiti bukan sahaja melibatkan kualiti pasarana di taska tetapi juga latihan pengasuhan yang berkualiti perlu diberi perhatian. Program latihan pengasuh hendaklah diberi keutamaan memandangkan peranan pengasuh dan pendidik awal kanak-kanak ini sebagai asas perkembangan pendidikan awal kanak-kanak yang perlu diterima oleh kanak-kanak sebelum melangkah pendidikan selanjutnya. Mereka yang terlibat dalam bidang ini perlu jelas tanggungjawabnya dan kualiti perkhidmatan yang perlu dilaksanakan di taska.

10 comments:

  1. slm dr. bustam,

    Saya sebagai ibu yg menghantar anak di taska sgt kecewa dgn latihan pengasuhan yg diberikan. Pekerjanya hampir tdk ada satu pun warganegara kita. Jabatan kebajikan masyarakat harap dpt memantau setiap taska yg beroperasi di Subang Jaya.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih pandangan positif dan dapat dikongsikan bersama. Pandangan anda sebenarnya boleh membantu peningkatan kualiti perkhimatan pengasuhan kanak-kanak oleh mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  3. Untuk info laman Pej.JKM Daerah, boleh ke laman web berikut http://www.jkm.gov.my . Bagi daerah Puan, mungkin di Daerah Petaling. Sekadar berkongsi maklumat untuk Puan Fiza. Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Alangkah baiknya disediakan peruntukan bagi kami pengusaha taska juga...

    ReplyDelete
  5. Sekurang-kurangnya subsidi pemakanan dan susu untuk kanak-kanak. Ini cuma pandangan sahaja.

    ReplyDelete
  6. Setuju dgn Prof. Kalaulah ianya boleh dilaksanakan. Kurang sikit beban dua2 belah pihak.

    ReplyDelete
  7. Bukan sahaja subsidi pemakanan tetapi juga diskaun pembelian peralatan, pelepasan cukai pendapatan serta galakkan penajaan daripada pihak swasta. Bagaimana dengan pandangan ini?

    ReplyDelete
  8. Saya amat setuju dengan Prof.

    Peralatan menuntut perbelanjaan yang agak tinggi. Ada pihak yang mengalakkan secara ansuran, bermakna juga kos akan meningkat. Maksud saya, pihak kami terpaksa menanggung "interest" dari ansuran tersebut.

    Pelepasan cukai pendapatan serta penajaan daripada pihak swasta juga amat diharapkan. Dengan itu, kami di taska boleh fokus untuk tanggungjawab terhadap kanak-kanak, misalnya menyediakan tenaga kerja yang berkelayakan.

    ReplyDelete