Friday, October 29, 2010

Melarang Kanak-Kanak Menyeberang Sendiri Di Jalanraya

Ajar kanak-kanak supaya mereka sentiasa memegang tangan orang dewasa semasa menyeberang jalan. Ingatkan kanak-kanak menyeberang jalan hanya bersama orang dewasa sahaja. Sebaik-baiknya gunakan lampu isyarat dan tempat menyeberang jalan. Ajar kanak-kanak tidak menerpa atau berlari di kawasan letak kereta. Mulakan melatih kanak-kanak memerhati kiri-kanan-kiri sebelum menyeberang jalanraya.

2 comments:

  1. Kalau diperhatikan di taman perumahan, kanak-kanak lebih selesa bermain di tengah jalanraya, bukan di padang permainan yang lengkap disediakan dengan gelungsur & buaian. Malah ibu bapa juga menemankan malah kadang kala dibiarkan kanak-kanak bermain sendirian disitu. Alangkah baiknya jika kanak-kanak ini diingatkan bahawa "jalanraya bukan tempat untuk bermain"... - Sekadar pendapat peribadi dari saya. Terima kasih.

    ReplyDelete