Monday, October 18, 2010

Isu Keselamatan Kanak-Kanak Di Taska

Isu kematian bayi di taska nampaknya bagaikan tiada kesudahannya. Mungkin banyak lagi insiden yang berlaku tidak dipaparkan menerusi akhbar. Kecuaian pengasuh di taska menjadi punca kematian bayi. Isu kematian bayi di taska ini memberikan gambaran bahawa keperluan latihan pengasuhan perlu kepada pengasuh. Pihak pengusaha perkhidmatan taska memastikan setiap pekerjanya mendapat latihan secukupnya dan latihan keselamatan kanak-kanak di taska perlu diadakan secara berkala oleh setiap pengusaha atau individu yang terlibat dalam perkhidmatan ini. Perbincangan bersama pengasuh taska sepatutnya diadakan sebagai langkah berjaga-jaga tentang keselamatan persekitarannya.

Pihak berkuasa juga perlu melihat kembali sistem latihan yang dijalankan kepada pengasuh. Syarat kelulusan untuk menjalankan perkhidmatan pengasuhan juga perlu dilihat kepada individu yang ingin menawarkan perkhidmatan ini. Contohnya, dari segi kelayakan bidang pengasuhan perlu dijadikan syarat sebagaimana di negara maju seperti di Amerika. Kelulusan mendapatkan sijil pertolongan cemas khusus untuk kanak-kanak juga perlu diwajibkan kepada setiap individu yang mengendalikan perkhidmatan kanak-kanak. Memang peraturan yang dicadangkan ini nampaknya menyusahkan pihak tertentu tetapi soal nyawa kanak-kanak perlu difikirkan secara terbuka dan positif.

3 comments:

  1. Slm Prof. Dr. Bustam,

    Saya ingin bertanya, adakah bengkel latihan pertolongan cemas kanak-kanak ada di sekitar lembah klang? Saya berharap byk lg pendedahan tentang keselamatan di taska dpt dipelajari secara terbuka. Harap Prof. sudi memberi maklumat tentang bengkel latihan yg dijalankan.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Memang terdapat bengkel yang diajurkan oleh persatuan-persatuan taska dan tadika. Saya akan cuba dapatkan maklumat terperinci untuk dimaklumkan kepada anda dan pembaca semua. Bengkel pertolongan cemas untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun adalah berbeza dengan pertolongan cemas yang biasa untuk orang dewasa dari segi pengurusan dan pendekatannya. Oleh itu perlu dilihat akan keperluannya sebelum menghadiri bengkel yang ditawarkan.

    ReplyDelete
  3. Salam Prof.Dr,
    sy ingin bertanya di sini...di Malaysia, adakah polisi yang berkaitan dgn aspek pengasuhan di taska dan praktik nya di taska berkenaan ....sejauh mana, mereka ini mengendalikan taska tu..
    Sekian,terima kasih

    ReplyDelete