Wednesday, July 10, 2019

Kanak-kanak meniru apa yang kita cakap

Orang dewasa sebagai model untuk kanak-kanak belajar bahasa. Setiap hari kanak-kanak akan mendengar pertuturan orang dewasa sejak lahir lagi. Perkataan yang didengar akan disimpan dan pada suatu masa tertentu bahasa untuk akan digunakannya. Kadangkala kita sendiri tidak sedar bila waktunya kita belajar bahasa tersebut tetapi secara tidak langsung kita boleh memahami apa yang kita dengar. Oleh itu berhati-hati dan jaga bahasa ketika berbual kerana apa yang didengar akan menjadi ikuti kepada kanak-kanak.

 

Friday, July 5, 2019

Ketakutan Kanak-kanak Itu Normal

Kanak-kanak merasa takut adalah normal. Kanak-kanak kecil takut ditinggalkan bersendirian lalu menangis. Kanak-kanak perlu rasa selamat dan perlu berdamping dengan orang yang dikenali dan dipercayai. Mungkin artikal ini dapat membantu pembaca memahami perasaan ketakutan kanak-kanak. Jangan sesekali menganggap ketakutan kanak-kanak itu sesuatu yang negatif.

#Betulkan yang biasa.
#Biasakan yang betul.

 

Wednesday, June 26, 2019

Komunikasi yang difahami kanak-kanak


Kadangkala kita sebagai orang dewasa perlu memahami apa yang kanak-kanak faham. Tidak sewenang-wenangnya menggunakan bahasa yang kanak-kanak tidak faham. Hal ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat memenuhi hasrat yang ingin disampaikan oleh orang dewasa. Gunakan bahasa yang mudah dan dapat digambarkan pada pemikiran kanak-kanak. Bahasa yang boleh digambarkan mudah difahami oleh kanak-kanak

#BETULKAN YANG BIASA,
#BIASAKAN YANG BETUL.


Monday, June 24, 2019

Kanak-kanak dan sains



Sains boleh diperkenalkan di peringkat kanak-kanak tadika dan taska. Pada peringkat ini lebih kepada awal sains dengan tujuan untuk memupuk minat kanak-kanak terhadap pembelajaran sains yang lebih dekat dengan kehidupan seharian. Awal sains yang diperkenalkan kepada kanak-kanak kecil hendaklah perkara yang ingin diketahui oleh kanak-kanak dan memberi jawapan menerusi penerokaan sendiri.


Tuesday, May 28, 2019

Bagaimanakah menilai pencapaian?

Mungkin pada ibu bapa yang mementingkan akademik menganggap peperiksaan akademik itu merupakan ukuran terhadap anak. Maka ibu bapa memberi penekanan kepada guru di tadika terhadap peperiksaan. Adakah wajar anak yang masih kecil diberi tekanan untuk menghadapi peperiksaan? Adakah kanak-kanak di tadika sudah bersedia? Artikal ini cuba memberi pandangan terhadap penilian kanak-kanak yang sewajarnya. Penentuan pencapaian menerusi peperiksaan kepada kanak-kanak tadika lebih memberi kesan negatif.

 

Monday, May 13, 2019

Salah cara mengajar

Pendidik awal kanak-kanak dan ibu bapa hendaklah perihatin dengan fitrah kanak-kanak. Kita jangan memikirkan sesuatu perkara itu mudah tetapi tidak meletakkan diri di tempat kanak-kanak. Usia kanak-kanak yang masih muda jangan dibebankan dengan perkara yang mudah bagi orang dewasa melaksanakan. Diharap artikal ini dapat membantu ibu bapa dan guru merenung kembali untuk mendidik anak mengikut kesesuaian umur dan tahap intelektual kanak-kanak.

 

Thursday, May 2, 2019

Saiz kumpulan penentu kualiti

Ramai yang tidak menyedari bahawa saiz kumpulan adalah sebagai penanda aras kualiti pendidikan sesebuah taska dan juga tadika. Sebenarnya saiz kumpulan juga berkaitrapat dengan keperluan ruang pembelajaran kanak-kanak. Artikal ini diharapkan dapat memberi kefahaman kepada ibu bapa dan semestinya pendidik awal kanak-kanak.