Friday, February 3, 2017
Menghantar Anak Ke Taska?
Thursday, February 2, 2017
Apabila Kanak-Kanak Bertanya Soalan?
Kanak-kanak merupakan ahli sains yang hebat. Mereka sentiasa ingin tahu dan mencipta. Kanak-kanak akan bertanya soalan yang sama sebagaimana ahli sains. "Mengapakah sesuatu benda itu hidup dan apakah yang dia buat?" "Mengapakah benda itu tumbuh dan bagaimanakah dia membesar?" Buchminster Fuller seorang saintis dan akitek mengatakan taman permainan boleh dianggap sebagai persekitaran penyelidikan disebabkan kanak-kanak sentiasa melakukan sesuatu yang sangat menarik dan rasa ingin tahu. Mereka membuat penemuan tentang alam dan kehidupannya. "Apabila anak anda keluar, apakah yang mereka telah temui?"
Wednesday, February 1, 2017
Cabaran Pendidikan Awal Kanak-kanak
Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia semakin mendapat perhatian masyarakat. Kesedaran tentang kepentingannya semakin dipandang serius oleh pihak berwajib. Kalau di era tahun 1970an bidang ini hanya dipandang sepi. di kala itu agak pelik jika seseorang yang ingin mendalami bidang keilmuan ini. Keanehan ini amat dirasai oleh saya kerana orang belajar ke luar negara menuntut ilmu dalam bidang sains dan teknologi tetapi saya hanya bidang yang tidak popular di kalangan rakyat Malaysia.
Cabaran apabila pulang ke tanah air, merintis program pendidikan awal kanak-kanak dari peringkat sekolah vokesional (Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tingkatan 4 & 5), membantu program di KEMAS dan JPNIN, NGO dan MQA dalam membangunkan program standard.
Cabaran kepada pendidik bidang ini apabila terdapat kepelbagaian pendekatan dan pengajaran. Campur tangan mereka yang bukan arif dalam bidang semata-mata mahu mencari populariti, mereka yang tiba-tiba muncul mengaku arif, para akademik yang berlumba-lumba ingin meneraju dan dikenali, pengubal dasar yang sering berubah-ubah. Kesemuanya ini merupakan cabaran untuk meletakkan program pendidikan awal kanak-kanak di landasan berasaskan jati diri negara bangsa.
Perjuangan tetap di teruskan biarpun tanpa didendang. Meski pun usia sudah melangkaui setengah dekad dan pada tanggal 1 Februari 2017 menyambut ulang tahun kelahiran melebihi 60an dalam sepi terus memperjuangkan.
Saturday, January 28, 2017
Thursday, January 26, 2017
Sastera Kanak-Kanak Di Malaysia
![]() | |||||
| Panel Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2014 |
Sastera kanak-kanak di Malaysia semakin berkembang cuma ketandusan ilustrator buku bergambar. Peranan ilustrator sangat penting dalam meningkatkan genre sastera kanak-kanak. Ilustrator perlu mempunyai jati diri untuk memaparkan penghasilan seni berdasarkan latar dan imej perwatakan tempatan bukan terpengaruh kepada ilustrasi luar budaya sendiri.
Monday, December 12, 2016
Warna dan Pencayaan
Makmal Pendidikan Awal Kanak-Kanak peranan warna dan pencayaan dapat menghidupkan suasana harmoni tanpa lukisan mural, menampal poster sebagai hiasan dan mengantung mobil. Pemilihan warna dan konsep adalah penting untuk memberi ketenangan kepada kanak-kanak.
Sunday, December 11, 2016
Penghargaan
Saya amat terharu diberi penghormatan untuk menyampaikan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak untuk graduan Kolej Sidma Kota Kinabalu Sabah. Kolej Sidma begitu komited dengan program pendidikan awal kanak-kanak yang mempunyai pelajar sehingga menganugerah diploma khusus untuk graduan dalam bidan ini. Terima kasih tidak terhingga atas penghargaan kepada pihak pengurusan kolej khususnya Prof Dr Mornie Kambrie dan pengurusan tertinggi. Satu-satunya institusi yang memberi pengiktirafan perjuangan saya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang saya tidak terfikir masih ada yang sudi memberi penghargaan tertinggi buat diri saya di penghujung usia.
Subscribe to:
Posts (Atom)



