Bagaimanakah aktiviti yang interaktif, kreatif dan berinovasi untuk kanak-kanak di tadika? Salah satu yang telah saya fikirkan dengan menulis buku khusus untuk aktiviti berbahasa dan berkomunikasi. Buku ini memberi panduan kaedah membaca dan menulis secara kreatif. Mendidik kanak-kanak mencintai alam
dan negara ke arah industri yang pelbagai.Buku ini mendidik kanak-kanak menghayati keindahan bahasa menerusi puisi dan pendekatan unsur drama yang menceritakan suasana persekitaran yang dialami oleh masyarakat di Malaysia. Aktiviti berbahasa untuk penyelesaian masalah dan pemikiran kreatif turut disertakan.