Sunday, September 30, 2012

Bahan Yang Tidak Sesuai Aktiviti Memadan Dalam Matematik

Sambungan Prinsip Ke Dua (c), kebiasaannya bergantung kepada buku kerja atau lembaran kerja yang disediakan tidak ada nilai untuk menggalakkan kanak-kanak mengaplikasikan pembinaan set membanding beza. Malahan penggunaan bahan tersebut tidak sesuai untuk pengajaran asas memahami nombor. Buku kerja atau lembaran kerja contohnya memberi tugasan untuk memadan menerusi gambar secara mengariskan adalah satu contoh bahan yang tidak sesuai. Latihan sebegini tidak memberi galakkan kerana mencegah atau menghalang kemungkinan kanak-kanak akan menggerakkan objek untuk membina set. Di samping itu latihan sedemikian tidak menghasilkan jawapan yang betul atas sebab yang salah. Contohnya, apabila disuruh menerangkan cara mereka mendapatkan jawapan pada latihan, kebanyakan kanak-kanak akan menerangkan," Lukis garisan macam ini, dan letakkan tanda X pada benda yang tidak ada garisan." Kanak-kanak seperti ini tidak mempunyai sedikit idea pun tentang set yang mempunyai lebih. Jika mereka tahu, selalunya disebabkan mereka telah sedia mengetahui cara untuk memberitahu set yang mempunyai lebih. Jika mereka tidak tahu menyatakan perbezaan, latihan yang diberikan adalah tidak berguna kerana kanak-kanak tidak belajar untuk membina penilaian kuantitatif (jumlah) dengan melukis garisan di atas kertas. Bersambung...

Saturday, September 29, 2012

Menggalakkan Kanak-Kanak Membina Set Membandingkan Sendiri

Sambungan Prinsip Ke dua (c), apabila kanak-kanak membina set, sebagai contoh, semasa disuruh membawa cawan diletakkan di atas meja secukupnya untuk semua orang. Kanak-kanak akan bermula dari sifar (kosong), mengambil satu, satu lagi, satu lagi dan seterusnya sehingga dia membuat keputusan untuk berhenti. Keputusan sebegini mempunyai nilai pendidikan sebab kanak-kanak mesti bermula dari sifar dan membuat keputusan yang bertepatan bila bertindak untuk berhenti menambah satu lagi.Bersambung...

Friday, September 28, 2012

Menggalakkan Kanak-Kanak Membanding Dua Set

Sambungan Prinsip Ke Dua (c). Terdapat dua cara menyuruh kanak-kanak membanding dua set: meminta kanak-kanak (i) membuat penilaian tentang persamaan dan perbezaan pada set yang telah sedia ad, dan meminta kanak-kanak (ii) membina set. Pendekatan ke dua adalah lebih baik atas dua alasan. Pertama, apabila kita meminta kanak-kanak untuk membuat penilaian tetang set yang sedia ada, alasan yang diberi oleh kanak-kanak untuk membandingkannya menerusi set yang tersedia adalah aktiviti pasif di mana kanak-kanak terhad kepada kemungkinan tindakbalas: Dua set adalah sama, satu mempunyai lebih, atau yang lagi satu mempunyai lebih. Bersambung...

Thursday, September 27, 2012

Menggalakkan Kanak-Kanak Membuat Dua Set Objek Mudahalih

Prinsip Ke Dua (c) menggalakkan kanak-kanak membina set dengan menggunakan objek yang mudahalih. Apabila kita bertanya kanak-kanak supaya memberi tumpuan kepada pada satu set objek bermakna kita menghadkan penyoalan seperti, "Berapa jumlahnya?" dan "Boleh kamu beri kepada saya lapan?" Menyuruh kanak-kanak membilang bukan cara yang baik untuk membantu kanak-kanak menjumlahkan objek. Cara pendekatan yang lebih baik ialah menyuruh kanak-kanak membandingkan dua set. Bersambung....

Wednesday, September 26, 2012

Menggalakkan Kanak-Kanak Membuat Perbandingan

Sambungan Prinsip Ke Dua (b) Guru boleh membina persekitaran di mana kanak-kanak memainkan peranan penting dan membuat keputusan sendiri bagaimana cara untuk bertanggungjawab dan menerimanya. Contohnya,"Adakah kita mempunyai terlalu banyak cawan?", "Adakah kita bermain 'kerusi bulatan' menggunakan banyak kerusi, sedikit atau jumlah yang sama? atau "Siapa yang dapat paling banyak?"

Tuesday, September 25, 2012

Menggalakkan Menjumlah Objek Dengan Logik Dan Membanding Set

Prinsip pengajaran ke dua (b) adalah menggalakkan kanak-kanak menjumlahkan objek secara logik dan membuat perbandingan set daripada menggalakkan mereka hanya mengira sahaja. Contohnya apabila guru meminta kanak-kanak mengambil pinggan untuk semua rakannya, guru boleh berkata,"Bolehkah awak tolong ambilkan lima pinggan" atau "Bolehkah awak bawa pinggan cukup untuk setiap orang." Ayat ke dua adalah contoh bahasa yang melibatkan membilang secara logik. Kanak-kanak boleh memilih cara terbaik untuk memenuhi tugasannya.Bersambung...

Monday, September 24, 2012

Objek Dan Nombor Yang Memberi Bermakna

Prinsip Ke Dua (a) pengajaran matematik adalah menggalakkan kanak-kanak untuk berfikir tentang nombor dan kuantiti objek apabila memberi makna kepada mereka. Jika autonomi menjadi matlamat pendidikan maka kanak-kanak mesti digalakkan membuat pilihan sendiri dan berkeyakinan daripada menjadi penurut atau mengikut sahaja.Oleh itu jangan sekali-kali menetapkan ruang waktu belajar kuantiti objek. Kanak-kanak perlu digalakkan untuk berfikir tentang kuantiti apabila mereka mula memerlukan dan berminat bukan melakukan matematik kerana guru mengatakan masa belajar matematik atau membilang. Boleh dikatakan kebanyakan kanak-kanak berusia empat dan enam tahun dilihat berminat dalam membilang objek dan membezakan kuantiti. Mereka selalunya berbalah tentang siapa yang lebih banyak dapat bongkah. Apabila mereka melihat guli semasa bermain, mereka memerlukan 'membilang' atau 'menambah'. Keadaan ini menyakinkan bahawa pemikiran nombor boleh dibina secara semulajadi tanpa pembelajaran yang direka-reka.

Sunday, September 23, 2012

Membina Hubungan Matematik Menerusi Situasi Konflik

Sambungan Prinsip Pertama: Situasi konflik boleh menggalakkan kanak-kanak meletakan sesuatu perkara perhubungan. Kanak-kanak di taska merasa tidak puas hati kerana pendidik taska tidak memenuhi janji untuk keluar bermain waktu petang setelah aktiviti lelap (nap). Keadaan itu berlaku kerana semasa kanak-kanak lelap atau tidur tanpa disangka hari hujan dan mereka tahu apabila hari hujan mereka tidak boleh keluar. Kanak-kanak bertanya-tanya kerana pendidik meletakkan hanya dua aktiviti yang berkaitan iaitu janji yang mula-mula dan tidak membenarkan di mana tidak seimbang. Janji kadangkala boleh tidak ditunaikan di atas sebab-sebab tertentu kerana perubahan keadaan. Kanak-kanak perlu berbincang perkara yang akan dihadapi dalam kehidupan seharian. Pengadilan moral dan pemikiran logik dibina bersama apabila kanak-kanak digalakkan untuk berbincang tetang keputusan yang akan diambil.

Saturday, September 22, 2012

Mencipta Semua Jenis Hubungan Dalam Matematik

Prinsip Pertama dalam pengajaran matematik adalah menggalakkan kanak-kanak peka dan meletakkan semua objek, peristiwa dan tindakan ke dalam semua jenis hubungan. Contohnya apabila dua orang kanak-kanak berebut mainan, guru boleh mencampuri dengan cara menyokong atau menghindarkan pemikiran kanak-kanak. Jika guru berkata,"Saya terpaksa ambil main ini daripada kamu sebab kamu berkelahi." Masalah tersebut selesai dengan cepat tetapi tidak menggalakkan kanak-kanak berfikir. Sebaliknya jika guru berkata," Saya ada idea. Apa kata jika saya letakkan mainan di rak almari sehingga kamu membuat keputusan apa yang hendak dibuat? Bila kamu telah membuat keputusan, beritahu saya dan saya akan berikan mainan kepada kamu." Kanak-kanak digalakkan membuat keputusan dan berfikir. Kanak-kanak mungkin membuat keputusan untuk mendapatkan mainan, di mana kes penyelesaian adalah sama dengan keputusan guru yang mula-mula diperkenalkan. Walau bagaimana pun terdapat perbezaan dari sudut autononmi perkembangan kanak-kanak jika mereka digalakkan membuat keputusan sendiri. Autonomi ini adalah menggalakkan sosial, moral dan intelektual. Pilihan penyelesaian mungkin seorang kanak-kanak bermain terlebih dahulu dan seorang lagi kemudian. "Konsep matematik" traditional seperti pertama-kedua, sebelum-selepas, dan hubungan satu-ke-satu adalah sebahagian perhubungan yang kanak-kanak mencipta setiap hari apabila mereka digalakkan untuk berfikir. Bersambung...

Friday, September 21, 2012

Prinsip Pengajaran Matematik Kanak-Kanak Di Tadika

Dicadangkan prinsip pengajaran matematik kanak-kanak di tadika:

1. Mencipta semua jenis hubungan
Menggalakkan kanak-kanak peka untuk meletakkan semua jenis objek,peristiwa dan tindakan ke dalam semua jenis hubungan.

2. Menyatakan kuantiti objek
a. Menggalakkan kanak-kanak berfikir tentang nombor dan kuantiti objek apabila memberi   makna kepada kanak-kanak.
b. Menggalakkan kanak-kanak menjumlahkan objek secara logik dan membandingkan set  (daripada menggalakkan kanak-kanak membilang).
c. Menggalakkan kanak-kanak membuat set dengan objek mudah ubah.

3. Interaksi sosial dengan rakan sebaya dan pendidik
 a. Menggalakkan kanak-kanak bertukar idea dengan rakan sebaya.
 b. Membantu cara kanak-kanak berfikir dan membimbing mengikut cara semasa mereka berfikir.

Thursday, September 20, 2012

Objektif Mengajar Nombor

Objektif mengajar nombor kepada kanak-kanak adalah menstrukturkan mental kanak-kanak terhadap nombor. Oleh kerana struktur tidak boleh diajar secara berterusan, pendidik mesti memberi tumpuan kepada menggalakkan kanak-kanak berfikir secara aktif dan berupaya berfikir sendiri dalam semua keadaan. Kanak-kanak yang berfikir secara aktif mengikut caranya sendiri tentang semua jenis objek dan peristiwa termasuk kuantiti akan berupaya menbina nombor. Tugas pendidik adalah untuk menggalakkan kanak-kanak berfikir mengikut caranya sendiri merupakan suatu yang sukar sebab kebanyakan kita dilatih supaya kanak-kanak dapat menghasilkan jawapan yang "betul."

Wednesday, September 19, 2012

Membilang Nombor Yang Bermakna

Penekanan kepada pengajaran tanda (sign) adalah baik sekiranya kanak-kanak benar-benar berminat mempelajarinya.  membaca pula, perlu ada sesuatu di persekitaran kanak-kanak yang menjadikannya berminat untuk membaca. Apabila kanak-kanak berminat membaca pada mana-mana peringkat umur, perkara yang terbaik adalah memenuhi rasa ingin tahu dan kemahiran pengetahuan baru. Membilang adalah menyeronokan kanak-kanak di taska dan tadika. Jika kanak-kanak berkeinginan mempelajari membilang tiada sebab untuk menolak pengetahuan tersebut. Pendidik mesti perlu mengetahui perbezaan membilang secara hafalan dan membilang dengan nombor yang bermakna. Nombor yang bermakna datangnya daripada struktur logico-matematik yang dibina oleh kanak-kanak di dalam kepalannya. Semua pertuturan dan tanda tulisan dalam dunia hanya pengetahuan permukaan. Sementara itu perlu ada pertuturan dan penulisan nombor/angka di persekitaran untuk menjadikan kanak-kanak berminat, memahami dan hanya datangnya dari struktur mental yang dibina oleh kanak-kanak itu sendiri.

Tuesday, September 18, 2012

Membina Struktur Mental Dalam Matematik

Perlambangan dengan tanda (sign) terlalu diberi penekanan semasa di peringkat pendidikan awal kanak-kanak. Guru selalunya memberi penekanan mengajar membilang, membaca dan menulis angka. Mereka percaya dan beranggapan telah mengajar konsep nombor. Sememangnya baik kanak-kanak mempelajari membilang, membaca dan menulis angka tetapi lebih penting objektifnya adalah untuk mengajar kanak-kanak membina struktur mental terhadap nombor itu sendiri. Jika kanak-kanak dapat membina struktur mereka akan berupaya menyesuaikan tanda (sign) ke dalam pembelajaran perlambangan nombor dengan mudahnya. Jika kanak-kanak tidak dapat membina struktur mental, semua pengiraan, pembacaan dan penulisan adalah penghafalan sahaja.

Monday, September 17, 2012

Perlambangan Konsep Nombor

Apabila kanak-kanak dapat membina pengetahuan logico-matematik enam atau sembilan, berkemungkinan kanak-kanak boleh melambangkan idea sama ada dalam bentuk simbol atau tanda (sign). Simbol adalah berbeza dengan tanda. Menurut Piaget simbol merupakan himpunan figuratif kepada objek yang diperlambangkan dan dicipta oleh kanak-kanak. contohnya simbol "o o o o o o o o" atau "I I I I I I I I." Contoh tanda (sign)  adalah perkataan yang dituturkan seperti "lapan" dan ditulis angka 8. Berbeza dengan simbol, tanda (sign) dicipta oleh lambang dan tidak menyatakan sebarang objek yang dilambangkan. Pembaca mengenali tanda sebagai milik pengetahuan sosial.

Sunday, September 16, 2012

Pengetahuan Logico-Matematik Asas Kefahaman Matematik

Mereka yang percaya kepada konsep nombor perlu diajar menerusi penyampaian sosial gagal membina asas perbezaan antara pengetahuan logico-matematik dan sosial. Dalam pengetahuan logico-matematik, sumber utama pengetahuan adalah kanak-kanak itu sendiri dan tiada perkara sembarangan yang mendominasi kanak-kanak. Contohnya, 3 + 4 mendapat sama keputusan di mana-mana budaya. Malahan, setiap budaya yang membina matematik akan berakhir dengan jawapan yang sama dalam matematik. Inilah yang dinamakan sistem hubungan dalam matematik yang tiada berkaitan dengan sembarangan sahaja. Perkataan satu, dua, tiga, empat adalah contoh pengetahuan sosial. Setiap bahasa mempunyai set perkataan yang berbeza untuk membilang. Walau bagaimana pun di sebalik idea nombor dimiliki oleh pengetahuan logico-matematik yang universal.

Saturday, September 15, 2012

Kepentingan Pengetahuan Logico-Matametik Dalam Pengaetahuan Sosial

Pengetahuan sosial sebagaimana pengetahuan fizikal adalah keperluan pegetahuan kandungan dan memerlukan kerangka logico-matemamtik untuk menyesuaikan dan mengorganisasikan. Sama seperti kanak-kanak memerlukan kerangka logico-matematik untuk mengenalpasti ikan berwarna merah (pengetahuan fizikal), kanak-kanak juga perlu kerangka yang sama logico-matematik untuk mengenal perkataan yang tidak benar, kanak-kanak perlu membuat pembahagian antara "perkataan yang tidak benar" dan "perkataan yang benar" dan antara "perkataan" dan "perkara lain."  Kerangka logico-matematik yang sama digunakan oleh kanak-kanak untuk membina pengetahuan fizikal dan sosial.

Friday, September 14, 2012

Pemikiran Pembalikan Kanak-Kanak Dalam Matematik

Pada usia tujuh ke lapan tahun kebanyakan pemikiran kanak-kanak bergerak kepada pembalikan. Pembalikan merujuk kepada keupayaan mental untuk memikirkan tidakan bertentangan atau berlawanan secara spontan. Misalnya, kanak-kanak dapat memisahkan keseluruhan kepada dua bahagian dan mencantumkan bahagian kepada keseluruhan. Secara fizikal, tindakbalas bahan tidak mungkin boleh melakukan dua perkara bertentangan secara spontan. Di dalam kepala kita, perkara ini berkemungkinan apabila pemikiran menjadi mudah gerak untuk pembalikan. Bukan sahaja kanak-kanak boleh menjadikan sebahagian dicantumkan dalam pemikiran, kanak-kanak juga boleh melihat terdapat lebih banyak ayam daripada itik (rujuk contoh tarikh 13/9/12).

Thursday, September 13, 2012

Pemahaman Kanak-Kanak Terhadap Struktur Hieraki Dalam Matematik

Reaksi kanak-kanak kecil semasa memikirkan pengkelasan dapat membantu orang dewasa memahami betapa sukarnya kanak-kanak membina struktur hieraki. Contohnya apabila kanak-kanak diberikan enam mainan ayam dan 2 mainan itik dengan saiz yang sama dan ditanya,"Apa yang kamu lihat?" Mereka akan menjawab,"Ayam...itik". Kemudian minta kanak-kanak menunjukkan "semua haiwan'" "semua itik," dan "semua ayam. Kemudian orang dewasa bertanya: "Adakah ayam lebih banyak daripada binatang?" Kanak-kanak berusia 4 tahun biasanya menjawab,"Ayam banyak." Jika orang dewasa bertanya lagi," Daripada apa?" Kanak-kanak berusia 4 tahun menjawab,"Daripada itik." Apabila orang dewasa bertanya,"Adakah ayam lebih banyak atau lebih haiwan?" tetapi kanak-kanak kecil mendengar soalan tersebut "Adakah lebih banyak ayam atau lebih banyak itik?" Kanak-kanak kecil mendengar soalan berbeza daripada soalan terdahulu sebab apabila di mindanya telah membahagikan keseluruhan haiwan kepada dua bahagian (ayam dan itik), kanak-kanak hanya memikirkan dua bahagian.Pada suatu masa kanak-kanak hanya boleh berfikir keseluruhan tetapi tidak memikirkan bahagian.

Wednesday, September 12, 2012

Logiko-Matematik Dan Pengetahuan Sosial

Berdasarkan kepada teori Piaget konsep nombor boleh diajar dengan mengaitkan pengetahuan sosial khususnya apabila mengajar cara membilang kepada kanak-kanak. Contoh pengetahuan sosial hari kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos ada bendera. Tanggal 31 adalah berbeza dengan hari-hari lain dan kanak-kanak akan mengingati angka tersebut.

Tuesday, September 11, 2012

Kanak-Kanak Membina Dan Memahami Nombor

Menurut Piaget kanak-kanak membina nombor menerusi dua jenis sintesis hubungan yang dibina menerusi objek iaitu sintesis urutan dan hieraki. Contohnya apabila kanak-kanak diberi lapan objek mereka akan membilang satu, dua, tiga, empat..." dengan betul sehingga lapan. Kanak-kanak tidak merasakan keperluan logikal meletakkan objek dalam urutan untuk memastikan tidak terlepas pandang semasa membilang. Apabila objek itu tidak tersusun kanak-kanak apabila ditanya berapa jumlahnya kanak-kanak ada yang menunjukkan objek terakhir membilang secara mental tanpa mengikut urutan. Ini dikenali sebagai hieraki.

Monday, September 10, 2012

Pemahaman Nombor Infiniti

Terdapat perbezaan antara dua jenis pemikiran yang kelihatan tidak penting semasa kanak-kanak belajar angka kecil seperti membilang satu hingga sepuluh. Apabila kanak-kanak ini ke angka yang lebih besar seperti 999 dan 1000, bagaimana pula dengan infiniti menerusi pemikiran daripada set objek atau gambar? Nombor atau angka adalah dipelajari bukan menerusi pemikiran impirikal daripada set yang dibina tetapi menerusi pemikiran reflektif semasa kanak-kanak membina hububngan. Oleh kerana hubungan ini adalah dibina menerusi minda, ada kemungkinan untuk memahami angka seperti 1,000,002 atau lebih daripada itu yang tidak pernah dilihat atau membilang objek 1,000,002 dalam set.

Sunday, September 9, 2012

Pembalikan Pemikiran Kanak-Kanak Asas Matematik

Pembalikan pemikiran lebih mudah difaham dengan istilah pembinaan pemikiran yang menyatakan pemikiran itu dibina oleh minda bukannya fokus pada sesuatu yang sedia ada pada objek. Pembalikan pemikiran ini tidak boleh berdiri sendiri semasa pemikiran awal di peringkat deria motor dan praoperasi. Pembalikan pemikiran memerlukan asas kefahaman pengetahuan logico-matematik dan pengetahuan fizikal yang kemudiannya pembalikan pemikiran boleh berdikari. Contohnya kanak-kanak boleh membina nombor, kanak-kanak boleh membuat operasi pada nombor dan membuat 2 + 2 dan 4 x 2 secara pembalikan pemikiran. Kesimpilannya pembalikan pemikiran tidak akan berlaku secara sendirian sebelum kanak-kanak memahami pembinaan awal hubungan mempunyai implikasi pada kandungan (objek, peristiwa dan tindakan) dalam semua jenis hubungan jika hendak membina nombor.

Saturday, September 8, 2012

Membina Kefahaman Perbezaan Dalam Matematik

Kanak-kanak tidak dapat membina hubungan perbezaan jika dia tidak dapat memerhati perbezaan sifat pada objek. Begitu juga hubungan dua tidak mungkin dapat dibina jika pemikiran kanak-kanak bahawa objek seperti air menitik (benda yang boleh dicantumkan menjadi satu titik). Sebaliknya kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuan fizikal jika dia tidak ada kerangka logico-matematik yang membolehkan kanak-kanak meletakkan pemerhatian baru kepada hubungan dengan pengetahuan yang sedia ada.

Friday, September 7, 2012

Proses Kanak-Kanak Memahami Logico-Matematik

Kanak-kanak berterusan membina pengetahuan logico-matematik dengan menyesuaikan hubungan yang mudah yang dibinanya antara obbejk sebelumnya (pengetahuan yang diketahui sebelumnya). Pengetahuan logico-matematik mengandungi koordinasi hubungan. Contohnya koordinasi menghubungkan sama, perbezaan dan lebih, kanak-kanak berkebolehan untuk menjangka bahawa terdapat lebih banyak bijirin di dunia berbanding dengan buah saga berwarna merah, dan terdapat banyak binatang daripada lembu. Ini serupa dengan koordinasi hubungan antara "dua" dan "dua" yang kemudiannya kanak-kanak akan menjangka bahawa 2 + 2 = 4, dan 2 X 2 = 4.

Thursday, September 6, 2012

Membina Kefahaman Hubungan Dalam Matematik

Kanak-kanak boleh membina kefahaman antara dua bola yang sama, sama berat dan dua. Adalah betul jika dikatakan bola merah dan biru itu sama/serupa sebagaimana jika dikatakan kedua-duanya ada kelainan. Hubungan yang diletakkan pada objek terpulang kepada individu itu sendiri dan dari sudut pandangan lain adalah sama. Jika individu mahukan perbandingan berat pada bola dia akan mengatakan bahawa bola itu "sama" (berat). Jika individu itu mahu melihat objek secara angka. dia akan mengatakan terdapat "dua". Bola itu boleh dilihat atau amati tetapi "angka" tidak. Nombor atau angka adalah hubungan yang dibina secara mental oleh setiap individu.

Wednesday, September 5, 2012

Pengetahuan 'Logico Matematik'

Kanak-kanak perlu mengetahui dan memahami pengetahuan 'logico matematik' selain pengetahuan fizikal matematik. Apabila kita menunjukkan kepada kanak-kanak bola merah dan bola biru mereka akan mendapati perbezaan. Perbezaan pada warna bola biru dan merah ini adalah 'logico matematik'. Bola boleh diperhatikan atau diamati tetapi perbezaan antara bola itu tidak boleh diamati. Perbezaan ini adalah perkaitan/hubungan yang dibina secara mental oleh individu yang meletakkan dua objek kepada perkaitan/hubungan. Perbezaan pada sebuah bola atau benda lain jika seseorang itu tidak meletakkan objek itu kepada perkaitan/hubungan, perbezaan tidak akan wujud pada individu tersebut.

Tuesday, September 4, 2012

Pengetahuan Fizikal Matematik

Kanak-kanak perlu tahu pengetahuan fizikal dalam matematik. Pengetahuan fizikal adalah pengetahuan tentang luaran objek sebenar. Contohnya warna dan berat sebuah bola adalah luaran objek sebenar yang boleh diketahui menerusi pengamatan. Pengetahuan bola jatuh dan dilambung ke udara adalah pengetahuan fizikal dalam matematik.

Monday, September 3, 2012

Asas Pemahaman Matematik

Kanak-kanak perlu mendapat asas pemahaman matematik yang jelas. Berdasarkan kepada pandangan Piaget kanak-kanak perlu memahami keadaan semulajadi nombor dan kanak-kanak perlu mendapat asas pengetahuan sumber dan struktur pembentukan nombor:
  1. pengetahuan fizikal
  2. pengetahuan logik matematik
  3. pengetahuan sosial (konventional)

Sunday, September 2, 2012

Kanak-Kanak Dan Pemikiran Logik Matematik

Pada usia sebelas dan dua belas tahun kanak-kanak berupaya menggunakan pemikiran logik dan memberi penyelesaian masalah dengan sebab musabab. Peringkat ini dipanggil sebagai operasi formal. Kanak boleh membina sebarang hubungan antara kleas dan menggunakan kombinasi dan penyusunannya. Mereka juga berupaya untuk memberi pertimbangan idea matematik yang tinggi atau penyelesaian masalah, membina peta dan menghadapi masalah dengan menumpukan masa dan jarak, kemungkinan dan geometri.

Saturday, September 1, 2012

Kanak-Kanak Dan Pemahaman Matematik

Apabila kanak-kanak meningkat usia antara tujuh atau lapan tahun mereka sudah bersedia untuk berfikir tentang pengkelasan, serasi dan nombor. Setelah mencapai usia sebelas tahun ke atas kanak-kanak boleh berfikir secara pembalikan, pengiraan yang lengkap dan membina idea makna tentang nombor, berat, ruang dan masa