Monday, September 24, 2012

Objek Dan Nombor Yang Memberi Bermakna

Prinsip Ke Dua (a) pengajaran matematik adalah menggalakkan kanak-kanak untuk berfikir tentang nombor dan kuantiti objek apabila memberi makna kepada mereka. Jika autonomi menjadi matlamat pendidikan maka kanak-kanak mesti digalakkan membuat pilihan sendiri dan berkeyakinan daripada menjadi penurut atau mengikut sahaja.Oleh itu jangan sekali-kali menetapkan ruang waktu belajar kuantiti objek. Kanak-kanak perlu digalakkan untuk berfikir tentang kuantiti apabila mereka mula memerlukan dan berminat bukan melakukan matematik kerana guru mengatakan masa belajar matematik atau membilang. Boleh dikatakan kebanyakan kanak-kanak berusia empat dan enam tahun dilihat berminat dalam membilang objek dan membezakan kuantiti. Mereka selalunya berbalah tentang siapa yang lebih banyak dapat bongkah. Apabila mereka melihat guli semasa bermain, mereka memerlukan 'membilang' atau 'menambah'. Keadaan ini menyakinkan bahawa pemikiran nombor boleh dibina secara semulajadi tanpa pembelajaran yang direka-reka.

2 comments:

  1. saya berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat master dalam pendidikan awal kanak2.
    saya mempunyai degree in Mathematics dan statistic dan elah menduduki Kpli tahun lepas. boleh sy daptkan email tuan/ puan. terima kasih

    ReplyDelete
  2. Layari fb saya (Bustam Kamri) banyak maklumat diperolehi dan hubungi menerusi fb. Terima kasih.

    ReplyDelete