Thursday, January 20, 2011

Tanggungjawab Khas Penyelia TASKA (Bahagian III)

Sambungan daripada bahaian II iaitu tanggungjawab khas penyelia di taska. Antara tanggungjawab penyelia adalah seperti berikut:
(j) mempamerkan jadual menu dan aktiviti pada tempat yang boleh dilihat di premis taman asuhan kanak-kanak.
(k) memastikan makanan seimbang untuk kanak-kanak disediakan mengikut diet yang dicadangkan oleh Jabatan Kesihatan.
(l) mematuhi arahan yang ditetapkan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat
(m) mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang ada kaitan dengan pihak berkuasa.
(n) memastikan buku lawatan disediakan dan kemaskini.
(o) berhubung dengan ibu bapa dan penjaga kanak-kanak.
(p) berusaha mendapatkan kerjasama dan persefahaman daripada ibu bapa atau penjaga berkaitan dengan masyarakat, keselamatan dan tingkahlaku kanak-kanak.
(q) mempamerkan perlakuan sama ada pertuturan, tingkahlaku dan penampilan diri semasa di taska tempat kerja dan taska komuniti.

2 comments:

  1. Saya biasa diajukan dengan soalan; adakah perlu seseorang yang terlibat di taska mengenakan baju kurung? Dan jawapan saya ; tidak semestinya. Asalkan selesa dan paling penting menutup aurat. Memakai baju kurung adalah lebih manis mengikut budaya kita. Bagaimana pendapat Prof.

    ReplyDelete
  2. Cara pemakaian terlalu sensitif pada sesetengah orang.Saya setuju dengan pandangan anda.Kita bekerja keutamaan adalah kanak-kanak yang telah dipertanggungjawabkan oleh ibu bapa.Pilih pakaian yang boleh bergerak dengan kemas dan tidak mengganggu untuk semua aktiviti dan tugasan seharian.

    ReplyDelete