Wednesday, January 19, 2011

Tanggungjawab Khas Penyelia TASKA (Bahagian II)

Sambungan (rujuk Bahagian I) tanggungjawab penyelia taska adalah seperti berikut:
(f) melaporkan segera kepada Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pegawai yang diberkuasa terhadap sesuatu perkara yang mengancam kebajikan kanak-kanak.
(g) melaporkan kepada penjaga sesuatu perkara jika disyaki kanak-kanak didera atau teraniaya.
(h) langkah segera diambil untuk memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak jika kanak-kanak memerlukan rawatan perubatan.
(i) rujuk kanak-kanak terus kepada pegawai perubatan atau pengamal perubatan yang berdaftar untuk mendapatkan rawatan segera pada kes yang serious atau peristiwa penyakit berjangkit yang mengancam nyawa kanak-kanak.

...bersambung.

2 comments:

  1. Prof. dan rakan pembaca,

    Oleh kerana TASKA adalah dibawah pemantauan JKM, kerjasama kedua2 pihak amat penting. Kedua-dua pihak punya peranan demi untuk kesejahteraan masyarakat dan kanak-kanak khasnya.

    Pihak taska pula perlu sedar akan peranannya, bukan hanya menyediakan tempat pengasuhan sementara untuk kanak-kanak yang ibu bapanya bekerja, malah lebih dari itu. Banyak perkara yang harus diambil perhatian sebenarnya.

    Pengasuh @ kakitangan taska pula perlu ada kesedaran bahawa mereka punya peranan yang besar dalam membentuk kanak-kanak di peringkat awal. Tanggungjawab pengusaha sebenarnya terlalu berat untuk dipikul sendirian. Semua ini menuntut kepada semangat "KERJASAMA"..

    Sekadar pandangan peribadi dari saya.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih dengan pandangan yang sangan baik untuk difikirkan bersama.

    ReplyDelete