Wednesday, January 26, 2011

Pendaftaran Pengasuh TASKA

Pegasuh taska yang telah lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) yang bekerja di taska tempat kerja, komuniti dan institusi perlu mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Pengasuh perlu mengisi borang permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Permohonan pendaftaran yang ditolak adalah atas perkara berikut:
(a) orang yang tidak berupaya sama ada faktor usia, kesihatan, kelayakan; atau
(b) orang yang terlibat dengan kesalahan moral yang keji, salahlaku seksual, penderaan atau sebarang kesalahan yang tidak bersesuaian untuk penjagaan kanak-kanak.

Pengasuh yang tidak mendaftar adalah tidak dibenarkan menjalankan tugas di taska tempat kerja, komuniti dan institusi melainkan mendapat kebenaran khas daripada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat atau pegawai yang diberi kuasa.

2 comments:

  1. Prof...
    Selain Kebajikan Masyarakat yg menjalankan kursus KAAK, adakah lain2 pertubuhan menjalankan kursus yg sama & diiktiraf..

    ReplyDelete
  2. Institusi yang diiktiraf oleh JKM sahaja yang dibenarkan menjalankan kkursus KAAK.

    ReplyDelete