Wednesday, November 17, 2010

Peralatan Dan Bahan Permainan Kawasan Luar

Peralatan dan bahan permainan kawasan luar kanak-kanak di taska hendaklah dipilih mengikut kesesuaian kanak-kanak. Berikut adalah cadangan senarai peralatan dan bahan yang boleh digunakan sewaktu merancang permainan kawasan luar di taska:
  1. peralatan seni lukis
  2. mainan yang sesuai untuk permainan kawasan terbuka seperti bola dan gelung rotan/plastik
  3. bahan binaan seperti bongkah
  4. props dramatika
  5. bahan semulajadi seperti haiwan, sangkar/kandang haiwan, benih dan peralatan, alatan bercucuk tanam
  6. mainan pasir/air
  7. mainan beroda

7 comments:

  1. Yang penting juga, bahan ata alatan yg digunakan itu mesti berada dalam keadaan selamat digunakan. Guru kena pastikan alatan dan bahan itu terlebih dahulu selamat. Guru terlebih dahulu menguji bahan atau alatan tersebut sebelum menyerahkan kepada murid utk melakukan sebarang aktiviti. Segala aktiviti yg hendak dijalankan mesti di bawah pengawasan guru seratus peratus. Pastikan semua selamat digunakan.

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan pandangan tuan. Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat dengan saya dan pembaca.Semoga pembaca dapat memanfaatkannya.

    ReplyDelete
  3. Bahan semulajadi seperti haiwan, sangkar/kandang haiwan, maianan pasir/air, permainan beroda merupakan permainan yg boleh mendatangkan bahaya si pemainnya, jika tidak diambil langkah yg betul utk memulakan sebarang permainan.
    1. Sangkar haiwan dan sebarang haiwan seperti kucing, burung, tikus dan sebagainya amat berbahaya bagi setengah kanak-kanak, kerana di situ terdapat virus, atau pembawaan penyakit yg memungkin akan memerbahaya kepada kanak-kanak. Ada setengah kanak-kanak ada alahan dgn bau dan bulu haiwan tersebut. Oleh itu, amat dinasihatkan kpd para guru utk mengelakkan kanak-kanak tersebut menyetuh atau membelainya berlebih-lebihan agar tidak mendatangkan penyakit atau alahan kpd kanak-kanak. Pengajaran berdasarkan alam kehidupan haiwan hanya boleh dilakukan secara pemerhatian tanpa menggunakan deria lain selain mata sahaja.
    2. Permainan berpasir mesti diawasi dgn teliti dgn memberi arahan yg tepat dan jelas serta diberi beberapa peraturan dan pantang larang agar murid sentiasa dibawah pengawasan kita. Pasir adalah bahan yg boleh mendatangkan kerosakan fizikal seperti kebutaan jika bahan itu memasuki mata kita. Cegah kanak-kanak yg suka bergurau sambil memlemparkan pasir kpd kawan-kawan sepermainan. Pengawasan guru dan pencegahan guru amat penting dlm menggunakan bahan ini dlm akitiviti pengajaran kita.

    Kesimpulannya, semua bahan dan alatan permainan boleh mendatangkan kecederaan yg teruk jika guru lalai dan cuai mengendalikan aktiviti. Kita tidak mahu dalam mengkreatifkan P&P dgn menggunakan bahan , kita juga mesti mengambil langkah berjaga-jaga dgn berfikiran kesan baik dan buruknya sebelum sebarang aktiviti yg hendak dijalankan.Harap maklum. terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sekali lagi dengan pendapat dan pandangan tuan. Dalam pendidikan awal kanak-kanak terdapat bidang keselamatan dan kesihatan kanak-kanak yang perlu diambil perhatian. Langkah awal perlu diambil termasuk latar belakang kanak-kanak dan kesihatannya serta keperluan pendidik dengan pengetahuan. Di negara maju masalah ini tidak timbul kerana pendidik telah diwajibkan untuk mengambil kursus dan kerjasama dengan pihak komuniti yang berkaitan.Semoga pandangan tuan dapat dimanfaatkan kepada pembaca. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. apa contoh alat mainan luar yang sesuai bagi kk berumur 2 tahun.

    ReplyDelete