Sunday, May 17, 2015
Pendidik Awal Kanak-Kanak
Masyarakat kadangkala terlupa untuk memberi pengiktirafan kepada mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak termasuk di taska dan tadika. Mereka ini insan kerdil tetapi berjiwa besar. Sumbangan mereka sebenarnya amat besar sebagai titik permulaan asas pendidikan yang disemai ke dalam jiwa kanak-kanak. Oleh itu sama-sama kita menghargai pengorbanan mereka sebagai guru sempena hari guru. Selamat Hari Guru.
Saturday, May 16, 2015
Friday, May 15, 2015
Pengiktiran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak
Berbagai cara untuk mendapatkan pengiktirafan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Mereka yang berkicimpong dalam bidang ini sama ada sebagai pengusaha, pendidik dan pengasuh boleh mendapatkan pengiktirafan. Terdapat dua pengiktirafan iaitu akadamek dan kemahiran. Biasanya orang mendapatkan persijilan akademik untuk mendapatkan pengiktirafan seperti sijil, diploma, dan ijazah. Asas kelayakan masuk perlu sekurang-kurannya ada Sijil Pelajaran Malaysia dan memenuhi syarat kemasukan berdasarakan ketetapan MQA untuk mendapat akreditasi. Bagaimana mereka yang tidak mempunyai sijil asas kelayakan masuk SPM? Anda boleh mendapat pengiktirafan menerusi sijil kemahiran.
Thursday, June 12, 2014
Kesilapan Satu Proses Pembelajaran
Menggalakkan
kanak-kanak melakukan sendiri merupakan salah satu cara memupuk kanak-kanak
berdikari. Sediakan sokongan dan panduan kepada kanak-kanak semasa mereka cuba
menyelesaikan masalah. Bagaimana pun beri mereka kebebasan untuk membuat
pilihan dan beri pelauang kanak-kanak belajar daripada kesalahan yang telah
dilakukan. Orang dewasa tidak perlu merasa bimbang apabila kanak-kanak
melakukan kesalahan. Anggaplah kegagalan atau kesilapan yang dilakukan satu
proses pembelajaran yang dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak.
Tuesday, May 6, 2014
Boneka dan Kanak-Kanak
Kanak-kanak gemar menonton persembahan boneka sama ada secara pementasan formal mahu pun secara bersahaja sewaktu di taska dan tadika. Kanak-kanak menggunakan boneka sebagai rakan imajinasi. Persembahan boneka tidak perlu menggunakan banyak watak. Watak-watak yang keluar di pentas memadai dua atau tiga watak sahaja. Setiap watak perlu menggerakkan ketika berdialog dan mengikut giliran tujuannya tidak mengelirukan penonton kanak-kanak.
Monday, April 28, 2014
Kanak-Kanak dan Pendidikan
Pada masa ini kerjaya dalam pendidikan awal kanak-kanak semakin diberi perhatian. Walau bagaimana pun program latihan kepada pendidik awal kanak-kanak masih di tahap yang belum mencapai ke tahap piawaian pendidikan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Masalah pengajar yang berkelayakan di sesebuah institusi merupakan perkara yang perlu diberi perhatian. Pihak institusi berlumba-lumba menawarkan program berkenaan tetapi tidak dapat menyediakan tenaga pengajar yang benar-benar arif dalam bidang. Apabila pihak MQA iaitu badan penilai akreditasi membuat lawatan, alasan yang biasa dikemukakan kerana kesukaran mendapat tenaga pengajar. Sekiranya tidak bersedia lebih baik jangan menawarkan program tersebut kerana kesannya akan melahirkan guru yang tidak berilmu dan salah didikan. Keadaan ini memberi kesan pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak di taska dan tadika.
Thursday, April 10, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)





