Friday, October 26, 2012

Aktiviti Harian 6: Mengundi

Guru boleh mencadangkan kumpulan kanak-kanak membuat keputusan menerusi undian. Membuat keputusan menerusi undian adalah penting apabila kumpulan tidak bersetuju seperti memilih biskut atau kuih pau untuk minuman pagi untuk hari esok. Sementara itu mengundi mengajar membandingkan kuantiti. Selain daripada itu yang lebih penting berfungsi meletakkan kuasa membuat keputusan di tangan kanak-kanak serta menggalakkan keyakinan diri dengan membuat keputusan dan menerima keputusan yang telah dipersetujui. Sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA SELURUH UMAT ISLAM.

1 comment:

  1. Selamat Hari Raya Aidil Adha juga Prof. Tahniah kerana telah berkorban menulis wadah yang bermanfaat setiap pagi.

    ReplyDelete