Monday, May 14, 2012

Kanak-Kanak Tatih Bebas Bercakap Di Taska

Ada ibu bapa yang ingin mengetahui taska yang berkualiti. Salah satu panduan menentukan taska tersebut berkualiti terdapat beberapa pengasuh atau pendidik taska pada setiap kumpulan kanak-kanak. Ibu bapa boleh memastikan setiap kanak-kanak akan mendengar seseorang kanak-kanak pada masa tertentu. Mengekalkan kumpulan kecil membolehkan setiap kanak-kanak mempunyai peluang untuk menyatakan perasaan dan luahan diri. Tidak ada seorang pun kanak-kanak yang terlepas pandang seumpama berlaku pada seorang kanak-kanak tadika berkata dengan rasa sedih," Cikgu tidak memanggil nama saya walaupun sekali." Cuba letakkan diri kita di tempatkan kanak-kanak tersebut. Bagaimanakah perasaan anda jika benar-benar berlaku?

1 comment:

  1. Prof, izinkan saya berkongsi kenyataan berikut. Berdasarkan dari pembacaan dinyatakan bahawa;

    "Berada dalam situasi tidak dipedulikan amat melukakan perasaan pada setiap usia termasuk kanak-kanak. Perasaan tidak dipedulikan ini lebih menyakitkan dan menakutkan. Lebih teruk kesannya terhadap kanak-kanak jika dibandingkan ketika mereka menghadapi masalah kerana membuatkan orang lain merasa marah atau sedih. Setiap manusia perlu memiliki semangat kekitaan, rasa di diperlukan dan memerlukan. Jika kanak-kanak merasakan dirinya tidak diperlukan atau dihargai, mereka tidak mungkin akan memberi kerjasama dan mematuhi peraturan.

    Sila perbetulkan jika terjemahan saya kurang tepat.

    Terima kasih.

    ReplyDelete