Wednesday, February 9, 2011

Bilik Basuh Dan Tandas Di TASKA

Taska di tempat kerja, komuniti dan institusi perlu menyediakan kemudahan untuk membasuh dan mencuci, bilik persalinan dan bilik mandi untuk kanak-kanak dan pekerja. Bilik basuh dan tandas di taska hendaklah sesuai dan mesra kanak-kanak. Sekiranya bilik tersebut memerlukan pembahagi hendaklah dibina untuk memastikan terasing atau terlindung dari bilik atau kawasan aktiviti kanak-kanak.

Taska di tempat kerja, komuniti dan institusi perlu menyediakan sekurang-kurangnya satu tandas untuk sepuluh orang kanak-kanak. Kemudahan tandas dan tempat persalinan mesti sentiasa dalam keadaan bersih dan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain.

2 comments:

  1. salam prof..
    tandas yang bagaimana sesuai digunakan untuk kanak2 samada cangkuk @ duduk??

    ReplyDelete
  2. maaf prof..lupa nak kenalkan diri....im one of your student from BPG program at unirazak.tq.

    ReplyDelete